Kempen Hasut Keluar Dari Malaysia Sangat Bahaya, Ancaman Keselamatan Negara-Veteran UMNO

Kempen Hasut Keluar Dari Malaysia Sangat Bahaya, Ancaman Keselamatan Negara-Veteran UMNO

Kementerian Dalam Negeri dan pihak berkuasa hari ini digesa supaya mengambil tindakan segera dan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba meraih undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sarawak khasnya dengan memainkan isu mahu ‘membebaskan’ Sarawak atau menghasut supaya Sarawak keluar dari Malaysia.

Veteran UMNO yang juga Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Tan Sri Mohd Yussof Latiff menegaskan bahawa kempen seumpama itu adalah sangat berbahaya dan boleh mengancam keselamatan negara.



“Ianya ibarat menghina Perlembagaan Persekutuan dalam membentuk Malaysia pada tahun 1963.

“Sesiapa yang berkempen dengan niat menghasut untuk menghancurkan negara ini seharusnya dikenakan tindakan undang-undang malah mereka ini tidak layak menjadi warganegara Malaysia,” katanya.

Dalam hal ini beliau menyebut berkaitan Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan yang secara jelas menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak adalah sebahagian yang sah dan tidak boleh keluar dari Persekutuan Malaysia.

“Malah, langkah memisahkan Sabah dari Malaysia adalah bertentangan dengan Perkara 7 Dalam Perjanjian 20 yang mana menjadi asas pembentukan Malaysia. Ini bermakna Malaysia adalah dibentuk dengan penyertaan Negeri-Negeri Tanah Melayu di Semenanjung dan Negeri Sabah serta Sarawak. Tanpa kedua-dua buah negeri itu, Malaysia tidak wujud.”

Ujarnya, PEMENANG berkali-kali pernah mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Mahkamah Perlembagaan bagi membicarakan kes-kes seumpama ini yang menyentuh Perlembagaan Negara supaya mereka yang melakukan kesalahan dapat dibicarakan dalam mahkamah khas seperti Mahkamah Pilihan Raya dan seterusnya keputusan diambil tanpa melengah-lengahkanya.



“Andainya mereka yang dituduh didapati bersalah maka mereka yang dituduh itu hendaklah dihukum dengan ‘melucutkan kerakyatannya’ mengikut tempoh keputusan mahkamah dan mereka yang dituduh itu juga dibuang daerah pada jangka masa yang diputuskan oleh mahkamah.

“Mereka yang bersalah ini tidak wajar dikenakan hukuman penjara atau ditempatkan di kem-kem tahanan kerana sangat tidak wajar pihak kerajaan menangung kos perbelanjaan dari wang negara untuk membiayai makan, minum, pakaian dan penjagaan kepada pengkianat-pengkianat negara.

“Dengan adanya suatu Akta Parlimen bagi mewujudkan Mahkamah Perlembagaan maka segala tindakan boleh diambil dengan pantas bagi membendong ancaman keselamatan negara.”

Ujarnya yang juga Tokoh Melayu Terbilang 2017, kegiatan subversif sebenarnya kerap dilakukan oleh rakyat yang tidak bertanggungjawab seperti mempromosi komunis, menghina agama Islam, menghina Institusi Raja Berperlembagaan dan menghasut rakyat di Sabah dan Sarawak untuk terpengaruh dengan kempen keluar dari Malaysia.



“Malangnya setakat ini belum ada tindakan tegas yang diambil. Apakah kerajaan mahu menunggu sehingga isu ini menjadi parah dan bara menjadi api untuk bertindak?

“Ini akan menampakan pihak berkuasa seolah-olah lemah dan tidak tegas dalam memelihara kedaulatan negara yang dicemari oleh rakyat sendiri.”

Dalam hal ini, beliau menyambut baik kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menyelar tindakan Parti Bumi Kenyalang (PBK) memainkan isu mahu membebaskan Sarawak keluar dari Malaysia dalam kempen PRN kali ini.

“PEMENANG kesal dengan golongan yang berkempen Sarawak keluar Malaysia itu kerana mereka adalah golongan buta sejarah. Mereka tidak tahu sejarah betapa sukarnya mempertahankan penubuhan Malaysia sehingga ratusan jiwa pasukan Askar Melayu DiRaja terkorban.



“Kami menyifatkan golongan yang cuba menghasut rakyat Sarawak menyokong kempen Sarawak Keluar Malaysia itu telah menghina jasa tentera dan wira-wira negara yang terkorban demi mempertahankan kedaulatan negara,” tegasnya lagi. – UMNO Online

Kempen Hasut Keluar Dari Malaysia Sangat Bahaya, Ancaman Keselamatan Negara-Veteran UMNO

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021: Bahye bakal juara?

Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker