3 lagi kes varian India dikesan melibatkan bukan warganegara

 

Terus melonjak, catat 4,855 kes baru

PETALING: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan tiga lagi kes baharu Covid-19 melibatkan bukan warganegara yang dijangkiti varian dari India B.1.617.2. di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua kes dikesan melalui saringan Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dan satu kes dikesan melalui saringan bergejala.

Katanya, semua kes mempunyai sejarah perjalanan ke India, menjadikan jumlah kumulatif varian India B.1.671 (termasuk sublineage B.1.617.1 dan B.1.617.2) kepada lima kes.

“Kerajaan sudah melanjutkan tempoh kuarantin wajib 14 hari kepada pengembara dari negara dengan penularan varian membimbangkan (VOC) dalam komuniti sejak 28 April lalu

“Kerajaan turut mengadakan sekatan kemasukan pengembara bukan warganegara dari India sejak 7 Mei lalu berikutan penularan varian yang semakin membimbangkan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambahnya, KKM turut mengesan empat lagi kes VOC di negara ini yang dijangkiti varian Afrika Selatan B.1.351 dan dikesan di Kuala Lumpur membabitkan kes tempatan.

“Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dijangkiti varian Afrika Selatan B.1.351 adalah 66 kes.

“Berikutan itu, KKM akan meneruskan pemantapan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk survelan epidemik, ujian saringan Covid-19 yang strategik, melakukan pengesanan kontak dan melakukan langkah kesihatan awam bagi membendung penularan varian ini dalam komuniti,” katanya.

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Apa jadi dengan PU Riz?

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker