“Mungkin tidak ada pihak yang boleh gugat kedudukan Muhyiddin” – Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, tidak ada mana-mana pihak yang boleh menggugat kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ketika ini.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, walaupun Perikatan Nasional (PN) hanya mempunyai majoriti tipis untuk membentuk kerajan, namun setakat ini, kedudukan beliau masih lagi di zon selamat.

“Mungkin tidak ada. Hakikatnya, (Tan Sri) Muhyiddin Yassin tak boleh guna darurat untuk kekalkan (kuasa),” katanya ketika ditanya sama ada kerajaan PN boleh digugat oleh mana-mana pihak selepas Parlimen dibenarkan bersidang kelak dalam program Minda Profesor Negara, Bicara Negara yang dianjurkan Majlis Profesor Negara di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir menegaskan, tindakan Muhyiddin menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat adalah untuk menyelematkan kedudukannya yang sudah tidak kukuh.

Sedangkan, Ahli Parlimen Langkawi itu menjelaskan, undang-undang sedia ada sudah memadai untuk mengekang wabak COVID-19.

“Darurat ini bukan berkenaan COVID-19, ia adalah berkenaan dengan Parlimen.

“Parlimen tidak boleh bersidang malahan kita juga tidak boleh membuat rayuan di mahkamah. Ini semua diputuskan oleh kerajaan dan kita tidak boleh menyoal,” katanya lagi.-Awani

Darurat Beri Muhyiddin Berkuasa Mutlak – Majlis Presiden PH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker