Muhyiddin hipokrit dan kecewa – Puad

Muhyiddin hipokrit dan kecewa – Puad

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menonjolkan sikap hipokrit dan rasa kecewa apabila mendakwa pemerintahan parti politik dominan ialah punca rasuah berleluasa, kata Puad Zarkashi.

Hakikat ialah Muhyiddin sendiri cuba menampilkan Bersatu sebagai parti dominan walaupun terpalit dengan pelbagai tuduhan salah laku, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno itu.

Beliau berkata Muhyiddin sepatutnya telus dengan rekod Bersatu semasa beliau menjadi Perdana Menteri selama 17 bulan.

“Siapa sangka tender terhad lulus ketika parlimen digantung dan darurat diisytiharkan,” kata Puad, merujuk kepada keputusan kerajaan pimpinan Muhyiddin meletakkan negara di bawah darurat atas dakwaan mengekang Covid-19.

Puad berkata tindak-tanduk Bersatu dan Muhyiddin membuktikan faktor parti dominan menerajui negara bukan penentu sama ada berlakunya rasuah mahu pun salah laku lain.

“Bila tidak dominan, lagi banyak salah guna kuasa berlaku seperti gantung Parlimen, isytihar darurat dan pujuk orang lompat parti melalui ‘scheme of things’. Apa itu bukan rasuah? Janganlah hipokrit,” katanya.

Puad berkata Muhyiddin juga amat kecewa kerana gagal meletakkan Bersatu sebagai parti dominan dalam politik negara.

“(Beliau) hipokrit, kerana Bersatu sendiri bernafsu besar untuk menjadi parti dominan. Perancangan mereka ialah untuk menguburkan Umno dan Bersatu adalah penggantinya.

“Sebab itu Bersatu tiru warna merah dan guna perkataan “bersatu” seperti Umno. Bersatu juga guna warna biru untuk Perikatan Nasional (PN) sama seperti Barisan Nasional (BN).

“Muhyiddin kecewa kerana usaha Bersatu menjadi parti dominan dan pengganti kepada Umno tidak kesampaian,” katanya di Facebook.

Puad menegaskan hujah Muhyiddin mengenai punca rasuah berlaku jelas amat cetek.

Berucap dalam perasmian persidangan perwakilan tahunan Gerakan semalam, Muhyiddin mendakwa pemusatan kuasa ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN) menyaksikan salah guna kuasa dan rasuah berleluasa kerana prinsip semak dan imbang tidak dipinggirkan.

“Lama-kelamaan kuasa politik dominan semakin berpusat kepada individu yang memimpin parti dan kerajaan. Ahli-ahli parti akur dengan setiap keputusan dan tindakan pemimpin parti, walaupun ia tidak semestinya betul,” kata Pengerusi PN itu.

Muhyiddin menjadi pemimpin kanan Umno dan kerajaan Barisan Nasional untuk sekian lama sebelum membantu menubuhkan Bersatu bagi menyaingi Umno pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). FMT

Muhyiddin hipokrit dan kecewa – Puad


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker