Ekonomi Malaysia tidak bersedia untuk PKP lagi



SHAH ALAM – Pakar-pakar ekonomi berpandangan Malaysia masih belum bersedia untuk kembali berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam waktu terdekat, di sebalik kebimbangan varian terbaharu Covid-19 iaitu Omicron.

Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, berdasarkan pengalaman lepas, Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi risiko ekonomi jika PKP terus dilaksanakan.

Menurutnya, ekonomi negara menguncup pada suku kedua dan suku keempat tahun lepas serta suku ketiga tahun ini apabila kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan PKP.

“Paling teruk berlaku adalah ekonomi Malaysia menguncup 17.1 peratus pada suku kedua tahun lepas, iaitu kadar terendah sejak suku keempat 1998 iaitu negatif 11.2 peratus.

“Pada suku ketiga tahun ini pula, ekonomi Malaysia menguncup 4.5 peratus disebabkan pelaksanaan langkah pembendungan ketat terutama pada Julai di bawah Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).




“Kesan besar PKP ialah kebarangkalian penguncupan ekonomi sangat tinggi kerana aktiviti ekonomi akan terencat dan akan berlaku banyak kekangan kepada industri untuk beroperasi,” katanya.

 

No Image Caption

 

Kekangan ini ujarnya, akan memberikan impak secara terus kepada pergerakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), contohnya kapasiti pengeluaran untuk sektor pembuatan akan berkurangan dan sektor automatif juga akan terjejas teruk, seterusnya menyumbang kepada penguncupan ekonomi.

Pakar ekonomi, Datuk Dr Madeline Berma turut senada dan berpandangan PKP tidak perlu dilaksanakan, sebaliknya kerajaan perlu memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) dan teruskan Program Imunisasi Kebangsaan.

Ujar beliau, ekonomi negara tidak akan bergerak jika kerajaan memutuskan untuk terus melaksanakan PKP.

“Kita kena gunakan pendekatan lain, bukan dengan cara melaksanakan PKP. Kerajaan kena fikirkan cara bagaimana hendak meneruskan hidup dalam norma baharu, termasuk meneruskan aktiviti secara dalam talian.




“Kita tidak bersedia untuk PKP lagi. Adalah lebih baik kerajaan perketatkan SOP kerana kita lihat, ada dalam kalangan rakyat yang mula lalai sebab dah lengkap terima dos sedangkan ia hanya kurangkan kesan dan bukannya kalis Covid-19,”katanya.

Ekonomi Malaysia tidak bersedia untuk PKP lagi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hannah Yeoh bertudung, pemimpin DAP bercakaran



Leave a Reply

Your email address will not be published.