Yasmin Hani dan suami bercerai?

Yasmin Hani dan suami bercerai?

Pelakon dan pengacara Yasmin Hani mendedahkan dia dan suami, Sha’arin Razali sudah membawa haluan masing-masing selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Yasmin berkata, mereka bersepakat untuk memulakan perjalanan hidup baharu dan akan membesarkan kedua-dua anak mereka dengan sebaik mungkin.



“Kami dapat melaksanakan apa yang sudah dipersetujui bersama. Kami berdua bersetuju untuk memulakan perjalanan baharu secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

“Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan kedua-dua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi.

“Kami betul-betul harap semua pihak dapat memberi ruang dan menghormati keputusan kami ini demi kesejahteraan keluarga dan anak-anak kami,” katanya dalam hantaran terbaharu di Instagram sebentar tadi.

Tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai perpisahan mereka, Yasmin berharap orang ramai dapat menghormati dan memberi sedikit privasi kepada keluarga mereka.



“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih untuk doa anda. Biarpun kami memilih jalan berbeza, kami akan sentiasa menjadi keluarga yang saling menyayangi dan ada beberapa hal membuatkan kami lebih dekat berbanding sebelumnya.

“Kami masih berkongsi ikatan kerana Noah dan Eissa. Hubungan sebagai ibu bapa sangat kami utamakan dan kami memohon agar ruang dan privasi kami dihormati. Mari kekalkan aura positif. Alhamdulillah, kami baik-baik sahaja dan bergerak ke hadapan,” katanya.

Yasmin dan Shahrin berkahwin pada 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong, 5. HM

Yasmin Hani dan suami bercerai?




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker