Misi Anwar pulihkan imej PKR

NADA Datuk Seri Anwar Ibrahim tampak sedikit pesimis apabila ditanya mengapa jumlah kerusi yang akan ditandingi PKR dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak kali ini susut hampir sekali ganda.

Ini apabila PKR yang diketuai­nya memutuskan cuma bertan­ding di 27 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 41 yang disasarkan sebelum ini.

Selepas melakukan lawatan kerja ke Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Katibas di Kapit semalam, Anwar menjelaskan, jumlah kerusi ditandingi PKR itu berkurangan bukanlah di­sebabkan keputusan PRN Melaka tempoh hari.

Dalam PRN 20 November itu, PKR kalah teruk di semua kerusi yang ditandinginya.

Sebaliknya, kata Anwar, jumlah 27 kerusi disasarkan di Bumi Kenyalang itu kerana mahu mengekalkan persefahaman dengan rakan-rakan Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Pada masa sama, beliau masih berharap kerusi-kerusi yang ditandingi PKR tidak akan bertembung dengan Parti Sarawak Bersatu (PSB). Biarpun begitu, masih belum mencapai sebarang persefahaman.

Anwar juga dikatakan sedang berusaha untuk menjernihkan hubungan antara PKR dan DAP selepas berlaku pertembungan kerusi antara kedua-dua parti ini dalam beberapa pilihan raya sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau menyatakan tidak terlalu bimbang meskipun ada suara-suara tidak puas hati terhadap pembahagian kerusi antara PKR dan DAP.

Beliau juga mahu barisan kepimpinan PKR dan DAP memantapkan muafakat dan kerjasama antara kedua-dua parti itu. Ini bagi memastikan tidak ada sebarang pertindihan yang hanya akan merugikan PH pada PRN Sarawak kali ini.

Pada PRN Sarawak 2011 dan 2016, PKR meletakkan calon-calonnya di 49 dan 41 kerusi DUN tetapi meraih keputusan serupa iaitu cuma menang tiga kerusi.  -UTUSAN

Misi Anwar pulihkan imej PKR


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia stabilkan harga barang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker