Putera kacak Brunei tamat kursus komando, dikurnia ‘Beret Hijau’

SULTAN Hassanal Bolkiah meraikan kejayaan Putera Mateen yang tamat kursus AACC di United Kingdom. – AGENSI

LONDON: Kegigihan dan semangat juang tinggi ditunjukkan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Sultan Hassanal Bolkiah semasa mengikuti latihan kursus All Arms Commando (AACC) selama 13 minggu di Commando Training Centre Royal Marines (CTCRM), Lympstone, United Kingdom membuahkan hasil.

Pelita Brunei melaporkan, ini kerana baginda berjaya menamatkan kursus tersebut dan dikurniakan ‘Beret Hijau’.

Sejurus selepas majlis tamat latihan, baginda bertitah, kursus AACC adalah satu kursus yang sangat mencabar sepanjang tempoh tiga bulan.

Bagaimanapun, titahnya, peluang mewakili Brunei merupakan faktor yang membakar semangat baginda untuk terus bertahan.

Menyentuh mengenai kursus latihan tersebut, titah Putera Mateen, AACC adalah kursus paling mencabar dari segi fizikal dan mental.



Sementara itu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan berangkat menyaksikan majlis tamat latihan itu di sini.

Putera kacak Brunei tamat kursus komando, dikurnia ‘Beret Hijau’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker