Buat pengundi Melaka, pilih BN untuk ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’

BN telah berusaha sedaya mungkin untuk memastikan PRN Melaka meyakinkan pengundi agar memilih BN sebagai wadah bagi pemerintahan Negeri Melaka

Justeru Barisan Nasional (BN) turut berusaha hingga ke garisan penamat bagi meyakinkan para pengundi memilih kembali parti ini.

Atas tema Kestabilan Demi Kemakmuran, BN meletakkan asas kestabilan politik dan sosial sebagai pra-syarat kepada kemakmuran negara (termasuklah negeri Melaka).



Kita telah melakar sejarah kestabilan dan kemakmuran yang panjang di bawah BN selama lebih 60 tahun.

Meskipun ada babak-babak kecil yang cuba menggugat kestabilan, kita berjaya mengembalikan keamanan negara yang tercinta ini.

Namun selepas PRU 14, kestabilan negara tergugat sehingga kini. Iklim ekonomi dan pelaburan turut terjejas. Malaysia tidak lagi dipandang sebagai model keharmonian.

Politik fitnah dan benci menguasai naratif pentas politik negara. Sikap bermusuhan berkembang bagaikan barah yang merebak ke seluruh anggota.



Justeru BN mengemukakan tema yang asas iaitu Kestabilan untuk kita kembali menggarap masa depan bersama.

Pendekatan sederhana BN selama ini untuk hidup secara harmoni dalam masyarakat majmuk dan berbeza wilayah adalah model kehidupan bernegara dalam Malaysia yang tercinta.

Sepanjang laluan sejarah sebagai pembina negara, BN tentunya ada kekurangan dan kekurangan. Namun tidak dapat dinafikan kekuatan dan kelebihan yang dilaksanakan.

BN pasti akan perbaiki segala kekurangan dan kelemahannya.



Untuk kali ini BN memulakan dengan langkah pembaharuan menampilkan calon-calon muka baru 86 peratus. Hanya 4 orang sahaja calon lama dikekalkan.

Ramai calon anak muda dan wanita diketengahkan, suatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Demikian juga ramai calon berlatar-belakang pendidikan yang baik dan profesional. Dan tidak menafikan calon-calon akar umbi.

Melaka adalah negeri yang maju sepanjang tempoh pentadbiran Barisan Nasional. Ia menjadi negeri contoh dalam bidang pelancungan dan industri.



Rakyatnya yang berbagai latar-belakang agama dan etnik, hidup dalam harmoni dan saling memahami.

Ini kerana pendekatan BN adalah pendekatan “Dacing” yang seimbang dan disusuri dengan semak dan imbang ( check and balance) atas ruang demokrasi yang disediakan.

Semoga kestabilan yang berpanjangan dapat diwujudkan dengan memberikan dokongan kepada BN untuk membentuk kerajaan dengan majoriti yang selesa.

Selamat Mengundi



Buat pengundi Melaka, pilih BN untuk ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




PRN Melaka: Siapa pilihan pengundi ‘Pengkota Janji, Kaki Kencing dan Katak Politik?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker