Lelaki Bangladesh dalang jual kad UNCHR kepada warga asing

Lelaki Bangladesh dalang jual kad UNCHR kepada warga asing

Lelaki Bangladesh dalang jual kad UNCHR kepada warga asing
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah bercakap pada sidang media di IPK Kedah. – Foto NSTP/ Wan Nabil Nasir

ALOR SETAR: Lelaki Bangladesh dipercayai menjadi dalang menjual permit kerja palsu dan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR) kepada warga asing.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, berkata kegiatan suspek berusia 40-an terbongkar selepas pihaknya menyerbu empat lokasi berasingan sekitar Kulim pada 27 Jun lalu.

Dalam serbuan itu polis menahan 24 individu terdiri daripada 19 lelaki Bangladesh, empat Rohingya dan seorang wanita tempatan.

“Siasatan mendapati suspek berkahwin dengan wanita tempatan berusia 69 tahun yang mempunyai tiga syarikat iaitu kedai runcit, kedai komputer dan kontraktor.

“Syarikat itu dipercayai digunakan sebagai alasan untuk membolehkan permohonan pekerja asing dilakukan suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mohd Salim Ajak Semua Kembali Bersama UMNO, Perkukuh Kekuatan BN


Adzli berkata, sementara menunggu dokumen berkaitan siap, sindiket terbabit akan mengumpulkan sebahagian warga asing di sebuah rumah dan mengutip bayaran kira-kira RM4,000 bagi setiap warga asing.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pasport yang dirampas adalah tulen, namun sebahagiannya bukan milik individu yang ditahan.

“Ini kerana apabila diperiksa dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), didapati terdapat maklumat individu lain pada pasport berkenaan,” katanya.

Adzli berkata, serbuan turut membawa pada rampasan 40 pasport, 10 telefon bimbit, empat komputer riba dan satu permit kerja palsu.

Lelaki Bangladesh dalang jual kad UNCHR kepada warga asing


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Negeri Melaka Komited Perkasa Agenda Perumahan Demi Kesejahteraan Rakyat

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker