Wanita maut, suami cedera motosikal bertembung babi hutan di Bera

Wanita maut, suami cedera motosikal bertembung babi hutan di Bera

Wanita maut, suami cedera motosikal bertembung babi hutan di Bera
Gambar hiasan

BERA: Seorang wanita maut, manakala suaminya cedera selepas motosikal dinaiki mereka melanggar seekor babi hutan di Kilometer 35, Jalan Temerloh-Bahau, semalam.

Mangsa, Nor Harizan Muhamad Habri,48, yang membonceng motosikal Yamaha ditunggang suaminya, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh, kira-kira jam 4.25 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir, berkata kejadian berlaku pada kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, ketika pasangan itu dalam perjalanan dari Nilai, Negeri Sembilan ke Charuk Puting, Temerloh.

“Siasatan awal mendapati penunggang motosikal itu, Kairil Akmal Zaibuddin,50, terlanggar seekor babi hutan yang tiba-tiba melintas jalan di laluan sehala.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal dan isterinya tercampak ke atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Bera untuk mendapatkan rawatan sebelum Nor Harizan dipindahkan ke HOSHAS.

“Bagaimanapun, mangsa yang parah di kepala meninggal dunia beberapa jam kemudian,” katanya.

Suami mangsa kini masih menerima rawatan di Hospital Bera akibat kecederaan pada bahagian tulang rusuk.

Zulkiflee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, babi hutan itu melarikan diri ke kawasan ladang kelapa sawit berhampiran selepas kejadian.

Wanita maut, suami cedera motosikal bertembung babi hutan di Bera


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Negeri Melaka Komited Perkasa Agenda Perumahan Demi Kesejahteraan Rakyat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker