Bomba gerakkan helikopter bantu padam kebakaran hutan dekat Gua Niah
Bomba gerakkan helikopter bantu padam kebakaran hutan dekat Gua Niah

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggerakkan helikopter Unit Udara bagi membantu operasi pemadaman kebakaran hutan di lereng bukit berhampiran Gua Niah, Taman Negara Niah, yang dipercayai berpunca daripada panahan petir.
Operasi udara itu dilaksanakan selepas anggota bomba berdepan kesukaran untuk memasuki lokasi kebakaran berikutan keadaan muka bumi yang berbatu, curam serta kedudukan api di puncak bukit batu kapur.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2 petang, semalam, sebelum Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah digerakkan ke lokasi.
Menurutnya, pasukan tiba di Pejabat Taman Negara Niah pada jam 2.07 petang dan mendapati kebakaran benar-benar berlaku di lereng bukit berhampiran Gua Niah, kira-kira 2.9 kilometer dari pejabat taman negara berkenaan.
“PKO terpaksa berjalan kaki sejauh 2.9 kilometer dari Pejabat Taman Negara Niah ke Pondok Gerai Komuniti Tangap sebelum meneruskan perjalanan kira-kira satu kilometer lagi ke lokasi kebakaran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saraani Harap Mesyuarat SPA 2026 Terus Bawa Manfaat Masa Depan Perkhidmatan Awam
- Ekonomi Rakyat Terus Diperkasa, UMNO Pasir Salak Santuni Masyarakat Setempat
Mohd Salim Ajak Semua Kembali Bersama UMNO, Perkukuh Kekuatan BN
“Terdapat dua lokasi kebakaran dikenal pasti iaitu di Lereng Bukit Traders Cave dan Kuala Hangus yang juga sebahagian daripada kawasan Gua Besar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kebakaran membabitkan pokok-pokok hutan dengan anggaran keluasan kira-kira 0.5 hektar pada peringkat awal, namun kawasan keseluruhan yang terjejas kini dianggarkan seluas empat hektar.
Katanya, operasi pemadaman dari darat tidak dapat dilaksanakan berikutan akses yang amat sukar selain kedudukan kebakaran di puncak Bukit Batu Kapur Gua Niah yang menyukarkan anggota menghampiri lokasi.
“Susulan itu, bomba hanya menjalankan pemantauan selain berbincang dengan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk menutup sementara Taman Negara Niah kepada orang awam serta meningkatkan pemantauan berkala terutama di laluan denai menuju Traders Cave,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPT Perluas Kolej Kediaman IPTA Melalui Kerjasama Awam-Swasta
- Pemantauan Digital Mampu Perkukuh Penguatkuasaan Rantaian Bekalan Padi Dan Beras
Hari ini, operasi diteruskan apabila PKO bergerak semula ke lokasi pada jam 9 pagi sebelum menerima kelulusan penggunaan helikopter Unit Udara bagi melaksanakan pemadaman dari udara pada jam 10.30 pagi.
Helikopter MI-17 tiba di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subis pada jam 2.30 petang sebelum memulakan penerbangan bagi kerja pemadaman 10 minit kemudian dengan mendapatkan sumber air dari Sungai Niah untuk membuat siraman di kawasan kebakaran.
Operasi udara berakhir pada jam 4.20 petang, namun pihak bomba memaklumkan kebakaran masih belum dipadamkan sepenuhnya dan operasi akan diteruskan esok.
Operasi membabitkan 17 anggota, sebuah jentera FRT, sebuah Toyota Hilux, sebuah helikopter MI-17 serta dibantu lima pegawai dan anggota SFC.
Bomba gerakkan helikopter bantu padam kebakaran hutan dekat Gua Niah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Terus Santuni Mualaf, Masyarakat Orang Asli Menerusi Inisiatif Makmur Pahang
- Dap Keluar Kerajaan Tidak Jejas Pentadbiran Melaka – Ab Rauf
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Negeri Melaka Komited Perkasa Agenda Perumahan Demi Kesejahteraan Rakyat
You must be logged in to post a comment.