Polis rampas 75 mesin lombong bitcoin haram di Teluk Intan

Polis rampas 75 mesin lombong bitcoin haram di Teluk Intan

Polis rampas 75 mesin lombong bitcoin haram di Teluk Intan
Polis merampas 75 unit mesin serta 12 unit peranti rangkaian yang dipercayai digunakan untuk kegiatan melombong bitcoin secara haram dalam operasi di sekitar Teluk Intan, hari ini. – Foto IPD Hilir Perak

IPOH: Polis merampas 75 unit mesin serta 12 unit peranti rangkaian yang dipercayai digunakan untuk kegiatan melombong bitcoin secara haram dalam operasi di sekitar Teluk Intan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian, berkata pihaknya dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalankan operasi khas yang berjaya membongkar kegiatan berkenaan, yang dipercayai menggunakan bekalan elektrik secara haram.

“Hasil siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan individu yang terbabit dalam kegiatan berkenaan.

Pemeriksaan awal TNB mendapati terdapat unsur kecurian bekalan elektrik di premis-premis yang diperiksa,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti mencuri bekalan elektrik atau membenarkan premis milik mereka digunakan untuk menjalankan kegiatan yang menyalahi undang-undang.

“Pemilik premis juga disaran membuat semakan terhadap penyewa serta memantau penggunaan premis masing-masing bagi mengelakkan ia disalahgunakan,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990.

Polis rampas 75 mesin lombong bitcoin haram di Teluk Intan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Negeri Melaka Komited Perkasa Agenda Perumahan Demi Kesejahteraan Rakyat

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker