Dua anggota polis ditahan samun warga asing
Dua anggota polis ditahan samun warga asing

ALOR SETAR: Dua anggota polis ditahan kerana disyaki melakukan kegiatan samun terhadap warga asing dalam dua kejadian berasingan di Kota Setar dan Kubang Pasu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, berkata dalam kejadian di sebuah rumah di Lorong Aman, Jalan Langgar, di sini pada 1 Julai lalu, suspek pergi ke rumah berkenaan dengan berpakaian jaket dan menaiki sebuah motosikal jenis skuter biru bernombor pendaftaran tidak dikenal pasti.
Beliau berkata, lelaki itu memperkenalkan diri sebagai polis dengan menunjukkan pakaian polis yang dipakai dalam satu jaket.
“Suspek kemudian meminta pengadu menyerahkan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) milik mangsa, isteri dan tiga orang anak.
“Selepas pengadu memanggil isteri dan anak-anak keluar keluar, mangsa menyerahkan kad UNCHR milik mereka kepada lelaki terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.
Adzli berkata, lelaki itu kemudian mengambil telefon bimbit di tangan pengadu kerana tidak mahu pengadu merakam gambar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saraani Harap Mesyuarat SPA 2026 Terus Bawa Manfaat Masa Depan Perkhidmatan Awam
- Ekonomi Rakyat Terus Diperkasa, UMNO Pasir Salak Santuni Masyarakat Setempat
Mohd Salim Ajak Semua Kembali Bersama UMNO, Perkukuh Kekuatan BN
Beliau berkata, lelaki itu kemudian membuka sepasang subang emas dari telinga isteri pengadu dan masukkan ke dalam poket seluar.
“Selepas menyerahkan semula telefon bimbit dan semua kad UNHCR kepada lelaki itu, dia kemudian beredar dengan menaiki motosikal,” katanya.
Adzli berkata, pengadu datang ke balai polis untuk membuat laporan kerana tidak berpuas hati dan untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat kejadian itu, pada keesokannya, kira-kira jam 12.30 tengah hari, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kota Setar bersama IPK Kedah menahan lelaki berusia 26 tahun yang bertugas di IPK Kedah.
“Semakan lanjut mendapati, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati, polis merampas sekeping kad kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM), dua telefon bimbit, sepasang subang emas, motosikal jenis jenama Honda dan banyak lagi untuk siasatan lanjut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPT Perluas Kolej Kediaman IPTA Melalui Kerjasama Awam-Swasta
- Pemantauan Digital Mampu Perkukuh Penguatkuasaan Rantaian Bekalan Padi Dan Beras
“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan sebatan, ” katanya.
Dalam kejadian berasingan, Adzli berkata, pada 27 Jun lalu, sebuah rumah di Padang Sera di Kubang Pasu di kawasan penempatan etnik Rohingya didatangi suspek dan memperkenalkan sebagai polis dan masuk ke dalam rumah untuk pemeriksaan.
Beliau berkata, suspek merampas wang tunai RM1,750 dan melarikan diri.
“Suspek adalah anggota polis yang ditangkap hari itu juga, ” katanya.
Dua anggota polis ditahan samun warga asing
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Terus Santuni Mualaf, Masyarakat Orang Asli Menerusi Inisiatif Makmur Pahang
- Dap Keluar Kerajaan Tidak Jejas Pentadbiran Melaka – Ab Rauf
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Negeri Melaka Komited Perkasa Agenda Perumahan Demi Kesejahteraan Rakyat
You must be logged in to post a comment.