Warga emas parah dirempuh penunggang mabuk

Warga emas parah dirempuh penunggang mabuk

Warga emas parah dirempuh penunggang mabuk
Lokais seorang warga emas parah dirempuh seorang lelaki yang menunggang di bawah pengaruh alkohol dekat Jalan Kuala Pilah-Tampin berhampiran simpang Matrikulasi, kelmarin. – Foto ihsan polis

KUALA PILAH: Warga emas parah selepas motosikal ditunggangnya dirempuh seorang lelaki yang menunggang di bawah pengaruh alkohol dekat Jalan Kuala Pilah-Tampin, berhampiran simpang Matrikulasi di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin, berkata kejadian jam 8.20 malam itu dipercayai berlaku apabila penunggang Modenas Kriss masuk ke simpang kanan secara tiba-tiba sebelum melanggar motosikal Yamaha Lagenda ditunggang mangsa berusia 74 tahun.

Beliau berkata motosikal Yamaha Lagenda dari arah Selaru menghala ke Pekan Kuala Pilah.

“Apabila sampai di lokasi kemalangan, secara tiba-tiba penunggang motosikal Modenas Kriss yang datang dari arah Kuala Pilah dikatakan membelok secara mengejut ke simpang kanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, disebabkan jarak terlalu dekat, penunggang Modenas Kriss tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kanan motosikal Yamaha Lagenda yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan ini, mangsa parah di kepala dan menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mohd Salim Ajak Semua Kembali Bersama UMNO, Perkukuh Kekuatan BN


“Penunggang Modenas Kriss, seorang lelaki berumur 53 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah dan didapati menunggang di bawah pengaruh alkohol,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) dan Seksyen 45a(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Warga emas parah dirempuh penunggang mabuk


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Negeri Melaka Komited Perkasa Agenda Perumahan Demi Kesejahteraan Rakyat

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker