Warga emas langgar mati penunggang motosikal dituduh hari ini

Warga emas langgar mati penunggang motosikal dituduh hari ini

Warga emas langgar mati penunggang motosikal dituduh hari ini

PETALING JAYA: Pemandu Proton X70 yang merempuh seorang penunggang motosikal dalam kemalangan maut di Jalan 17/21, 5 Mei lalu akan dituduh di Mahkamah, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata suspek berusia 70-an dijangka dituduh di Mahkamah Majistret pagi ini.

“Betul akan dituduh esok pagi (ini),” katanya ringkas ketika mengulas berhubung kes itu malam tadi.

Terdahulu media melaporkan, seorang penunggang motosikal lelaki tempatan berusia 20-an maut selepas terbabit kemalangan jam 1.45 tengah hari.

Shamsudin berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar motosikal terbabit.

Susulan itu, suspek yang juga seorang warga emas dilaporkan dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan sementara pihak polis melengkapkan siasatan.

Warga emas langgar mati penunggang motosikal dituduh hari ini


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Negeri Melaka Komited Perkasa Agenda Perumahan Demi Kesejahteraan Rakyat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker