De la Fuente bangga Sepanyol buktikan status pasukan terbaik dunia
De la Fuente bangga Sepanyol buktikan status pasukan terbaik dunia

Arlington: Jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente, menyifatkan anak buahnya sebagai “pasukan terbaik dunia” selepas menewaskan Perancis 2-0 pada separuh akhir Piala Dunia 2026 untuk mara ke pentas final.
De la Fuente yang sebelum ini berulang kali menegaskan Sepanyol adalah pasukan terbaik kejohanan jelas berbangga apabila La Roja mempamerkan aksi mantap untuk menyingkirkan pilihan utama itu dan mengesahkan tempat ke final Ahad ini.
Kemenangan itu turut melengkapkan rekod cemerlang jurulatih berusia 65 tahun itu yang membawa Sepanyol muncul juara Euro 2024 selain menewaskan Perancis dalam tiga pertemuan kompetitif berturut-turut.
“Kami memulakan perjalanan ini hampir empat tahun lalu dengan satu idea dan kami kekal setia dengan idea itu sehingga membawa kami ke tahap ini.
“Hari ini kami menentang salah satu pasukan kebangsaan terbaik dunia, tetapi di hadapan mereka berdiri pasukan terbaik dunia. Itu bezanya,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saraani Harap Mesyuarat SPA 2026 Terus Bawa Manfaat Masa Depan Perkhidmatan Awam
- Ekonomi Rakyat Terus Diperkasa, UMNO Pasir Salak Santuni Masyarakat Setempat
Mohd Salim Ajak Semua Kembali Bersama UMNO, Perkukuh Kekuatan BN
De la Fuente kini berpeluang membawa Sepanyol beraksi di final Piala Dunia buat kali pertama sejak muncul juara pada edisi 2010 di Afrika Selatan.
“Para pemain ini layak menerima segala pujian. Hari demi hari mereka menunjukkan komitmen, semangat berpasukan, sifat tidak mementingkan diri sendiri dan bakat yang luar biasa.
“Mereka menjadikan sesuatu yang sukar kelihatan begitu mudah,” katanya.
De la Fuente bangga Sepanyol buktikan status pasukan terbaik dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Terus Santuni Mualaf, Masyarakat Orang Asli Menerusi Inisiatif Makmur Pahang
- Dap Keluar Kerajaan Tidak Jejas Pentadbiran Melaka – Ab Rauf
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Negeri Melaka Komited Perkasa Agenda Perumahan Demi Kesejahteraan Rakyat
You must be logged in to post a comment.