Polis tingkatkan tahap keselamatan menjelang aksi England-Argentina
Polis tingkatkan tahap keselamatan menjelang aksi England-Argentina

Atlanta: Polis Atlanta akan mempertingkatkan kawalan keselamatan menjelang aksi separuh akhir Piala Dunia 2026 antara England dan Argentina, awal pagi Khamis, susulan sejarah perseteruan sengit antara kedua-dua negara.
Jabatan Polis Atlanta (APD) memaklumkan langkah keselamatan tambahan sudah dilaksanakan di seluruh bandar bagi memastikan perlawanan di Stadium Atlanta berlangsung dengan lancar.
“Jabatan Polis Atlanta meningkatkan tahap keselamatan awam di seluruh bandar.
“Anggota dan sumber tambahan sudah ditempatkan serta akan terus digerakkan secara strategik bagi memastikan pengalaman yang selamat dan menyeronokkan untuk semua,” menurut kenyataan APD.
Menurut polis, langkah proaktif itu dibuat hasil penilaian berterusan terhadap keperluan keselamatan sepanjang kejohanan.
“Penyesuaian seperti ini adalah amalan biasa bagi menguruskan acara sebesar Piala Dunia dan bertujuan memastikan pengalaman yang selamat kepada semua,” menurut kenyataan itu lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saraani Harap Mesyuarat SPA 2026 Terus Bawa Manfaat Masa Depan Perkhidmatan Awam
- Ekonomi Rakyat Terus Diperkasa, UMNO Pasir Salak Santuni Masyarakat Setempat
Mohd Salim Ajak Semua Kembali Bersama UMNO, Perkukuh Kekuatan BN
Menteri Keselamatan Argentina, Alejandra Monteoliva, berkata isu keselamatan turut dibincangkan dalam satu mesyuarat di Amerika Syarikat pada Isnin.
Beliau berkata, buat pertama kali sepanjang kejohanan, penyokong kedua-dua negara akan memasuki Stadium Atlanta melalui pintu masuk yang berasingan.
“Seramai 1,600 anggota keselamatan akan bertugas. Kami mahu sambutan ini berlangsung secara aman,” katanya kepada stesen radio tempatan di Argentina.
Bagaimanapun, dasar penjualan tiket FIFA menyukarkan pengasingan penyokong di dalam stadium seperti yang lazim dilakukan dalam perlawanan liga di England dan Argentina.
APD turut memaklumkan mereka bekerjasama rapat dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) serta agensi keselamatan lain dalam merancang operasi, namun enggan mendedahkan butiran penilaian risiko atau pelan keselamatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPT Perluas Kolej Kediaman IPTA Melalui Kerjasama Awam-Swasta
- Pemantauan Digital Mampu Perkukuh Penguatkuasaan Rantaian Bekalan Padi Dan Beras
Perseteruan bola sepak antara England dan Argentina terbentuk menerusi lima pertemuan di pentas Piala Dunia yang sering dicemari insiden kontroversi.
Hubungan itu menjadi lebih tegang selepas konflik ketenteraan 1982 membabitkan Kepulauan Falkland dan Georgia Selatan yang meragut 907 nyawa.
Monteoliva turut menegaskan penyokong Argentina tidak dibenarkan membawa bendera atau sepanduk yang menyentuh isu tuntutan kedaulatan Kepulauan Malvinas (Falkland) ke dalam stadium.
“Kemasukan sebarang bahan yang mempunyai mesej provokatif sama ada berunsur politik atau perkauman adalah dilarang. Bendera atau sepanduk dengan kandungan seperti itu tidak akan dibenarkan,” katanya.
Sementara itu, Persatuan Penyokong Bolasepak England (FSA) memuji sikap penyokong England sepanjang kejohanan yang disifatkan jauh berbeza berbanding imej hooligan pada era 1980-an dan 1990-an.
“Cara penyokong England berkelakuan di seluruh Amerika Utara membanggakan negara.
“Kami terus membuktikan bahawa stereotaip lapuk itu tidak lagi menggambarkan diri kami. Marilah terus menjaga antara satu sama lain, mewakili England dengan bangga dan menunjukkan kepada semua mengapa kami mempunyai penyokong terbaik di dunia,” menurut kenyataan FSA.
Polis tingkatkan tahap keselamatan menjelang aksi England-Argentina
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Terus Santuni Mualaf, Masyarakat Orang Asli Menerusi Inisiatif Makmur Pahang
- Dap Keluar Kerajaan Tidak Jejas Pentadbiran Melaka – Ab Rauf
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Negeri Melaka Komited Perkasa Agenda Perumahan Demi Kesejahteraan Rakyat
You must be logged in to post a comment.