Skuad ‘kuda putih’ JPJ makin mengganas

Skuad ‘kuda putih’ JPJ makin mengganas

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilihat semakin ‘mengganas’ menerusi Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) apabila berjaya mengesan dan mengeluarkan saman kepada pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

UPB merupakan unit penguatkuasaan JPJ dimana setiap anggotanya dilengkapi alat perakam video mudah alih berteknologi tinggi bagi merakam kesalahan pengguna jalan raya.

Antara kesalahan pengguna jalan raya yang sering dirakamkan UPB ialah seperti kegagalan memakai tali pinggang keselamatan, bermain telefon serta berhenti di petak kuning.

Menurut JPJ, pihaknya akan terus memantapkan skuad UPB dengan penambahan unit Smart Enforcement Device (SMED) dan Enforcement Action Camera (AEC) dalam mempelbagaikan kaedah penguatkuasaan.

“Kami akan terus memantapkan penguatkuasaan khususnya melalui UPB bagi memastikan setiap pengguna jalan raya dapat mematuhi undang-undang ditetapkan.

“Menerusi rondaan UPB baru-baru ini di sekitar Puchong dan Cyberjaya sebanyak 138 kesalahan pengguna telah dikenal pasti antaranya bermain telefon ketika memandu dan berhenti di petak kuning,” katanya kepada Kosmo! tadi.

Jelasnya, daripada jumlah kesalahan itu, sebanyak 85 kes menerima notis panggilan temu siasat daripada JPJ selain 52 saman turut dikeluarkan.

Anggota UPB dilengkapi dengan perakam video berteknologi tinggi yang diletakkan di bahagian topi keledar dan ia akan merakam pelbagai kesalahan pengguna jalan raya termasuk kegagalan memakai topi keledar.

Seterusnya, video yang dirakam itu akan dihantar secara langsung kepada sistem JPJ sebelum urusan saman dibuat kepada pesalah jalan raya. K Online

Skuad ‘kuda putih’ JPJ makin mengganas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker