Aeril bakal ambil tindakan undang-undang

Aeril bakal ambil tindakan undang-undang

“Saya dah suruh peguam saya untuk hantar letter of demand (LOD) sebab kapsyen dan gambar memang dah mengundang fitnah,” kata pelakon juga ahli perniagaan, Aeril Zafrel yang bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah portal hiburan.

Ia berikutan portal berkenaan difahamkan sudah mengguna foto Aeril dan isterinya, Wawa Zainal berserta kapsyen disifatkan fitnah kerana apa yang disiarkan adalah dakwaan tidak benar.



Aeril, 35, dihubungi berkata, dia tahu mengenai perkara itu daripada perkongsian orang ramai yang ‘tag’ di media sosialnya dan juga staf yang memberitahu berhubung berita itu.

“Memang fitnah. Sebab saya tak pernah bayar gaji staf lambat, malah siap bagi duit bonus , duit zakat, duit raya dekat staf tiap tahun,” katanya.

Terdahulu, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari turut membuat hantaran mengenai berita disiarkan portal berkenaan di Instagram dan begitu menarik perhatian daripada rakan selebriti dan pengikutnya.

Menerusi perkongsian lain, Aeril seakan geram apabila portal itu difahamkan sudah membuang artikel berita ditulis berdasarkan kapsyen Aeril, ‘ko delete? Ingat boleh setel macam tu jer?!!!



Rata-rata netizen yang menulis komen bersetuju sekiranya Aeril mengambil tindakan undang-undang terbabit memandangkan apa yang disiarkan itu berbaur fitnah.

Difahamkan, sebelum itu terdapat hantaran di media sosial yang berkongsi luahan seorang pekerja mendakwa, wajarkah satu syarikat yang dimiliki pasangan popular potong gaji semua pekerja sebab tak capai ‘sales target’ (sasaran jualan).

Turut dijelaskan dalam hantaran itu, staf tidak pernah menanda tangan sebarang surat hitam putih untuk menyatakan semua staf ‘work under’ (bekerja dibawah) KPI. Potong 35 peratus gaji. HM

Aeril bakal ambil tindakan undang-undang



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)



Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan

Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker