PRN Melaka: Siapa pilihan pengundi ‘Pengkota Janji, Kaki Kencing dan Katak Politik?

Persaingan sengit tiga calon KM dan juga poster boy parti masing-masing untuk PRN Melaka. (PIC LEAD)

Berbaki kurang 24 jam pintu pusat pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dibuka, debaran parti mana yang akan menjadi pilihan hati 495,196 pengundi bumi Hang Tuah semakin hebat dirasakan.

Dengan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka menjadi taruhan sejumlah 112 calon daripada keseluruhan lima parti berdaftar serta 22 calon Bebas kini sedang melaksanakan pecutan terakhir bagi menyelesaikan sisa-sisa kempen pilihan raya masing-masing.

Hal ini susulan tepat jam 12 malam, tempoh berkempen PRN Melaka secara rasminya akan tamat dengan mana-mana calon tidak akan dibenarkan berkempen selepas itu.

Menyentuh mengenai manifesto atau janji pilihan raya, sememangnya parti-parti seperti Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) tampil mengemukakan pelbagai bentuk janji kepada rakyat Melaka demi meraih sokongan mereka.



Bahkan, parti-parti dominan seperti BN, PH dan PN sudah mengumumkan nama calon Ketua Menteri bagi koalisi masing-masing, iaitu calon BN bertanding di DUN Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali; calon PH DUN Bukit Katil, Adly Zahari dan calon PN DUN Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Langkah itu dianggap penting dan berstrategi demi membuktikan kepada pengundi Melaka bahawa segala manifesto atau janji pilihan raya dikemukakan mereka akan ditunaikan oleh calon ‘ketua pegawai eksekutif (CEO) negeri’ yang dipilih.

Malah PRN Melaka dianggap sebagai sebuah pilihan raya kritikal serta digembar-gemburkan bakal menjadi ‘ujian kertas litmus’ kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Persoalannya kini, calon Ketua Menteri daripada parti manakah yang menjanjikan manifesto atau ikrar pilihan raya yang lebih ‘umph’ dan dekat di hati rakyat?



PRN Melaka: Siapa pilihan pengundi ‘Pengkota Janji, Kaki Kencing dan Katak Politik?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Walaupun layak mengikut undang-undang, Najib umumkan tolak tawaran kerajaan [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker