500 BUAH MOTOR KONVOI BERSAMA RAUF

Sebaran :

Oleh Bamjekk

Masjid Tanah – Pemuda Barisan Nasional (BN) Dun Tanjung Bidara dan BN Masjid Tanah petang ini mengadakan konvoi bermotor mengeliligi kelima-lima dun dalam Masjid Tanah.

Sebanyak 500 buah motorsikal berkonvoi melalui jalan utama Tanjung Bidara, Kuala Linggi, Ayer Limau, Lendu dan Taboh Naning dan beberapa ‘check point’ utama.

Turut bersama konvoi pemuda BN petang tadi Pengerusi BN Negeri Melaka yang juga calon N.02 Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selama 2 jam perjalanan.



Sambutan rakyat dan pengundi sangat baik di sepanjang jalan. Malah mereka turut sama meriahkan suasana dengan laungan undi BN dan hidup BN. Konvoi tersebut tamat pada jam 6.00 petang.


Sebaran :

Leave a Reply