Walaupun layak mengikut undang-undang, Najib umumkan tolak tawaran kerajaan [VIDEO]

MELAKA: Najib Razak menolak tawaran kerajaan yang layak dimilikinya sebagai bekas perdana menteri kerana beliau tidak mahu ia dijadikan isu pilihan raya.

Pada sidang akhbar sebentar tadi Najib berkata ianya dicanang kerana mahu dijadikan isu sempena PRN Melaka yang akan berlangsung esok

Najib sebelum ini telah pun menjelaskannya melalui catatan yang dimuat naik di FB beliau bagi menjawab beberapa dakwaan yang tidak tepat dan berunsur fitnah terhadapnya.

Najib berkata pejabatnya hanya meminta diberi kediaman selepas pilihan raya umum lepas (PRU14) seperti yang dibenarkan dalam akta yang dipinda (Akta Ahli Parlimen (Saraan).

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Katanya, beliau telah diminta memilih daripada tiga bidang tanah dan tidak pernah meminta pemberian RM100 juta daripada kerajaan seperti yang tersirat oleh beberapa laporan berita.

Beliau juga menggesa agar kerajaan mengkaji semula Akta Ahli Parlimen (Saraan) yang telah dipinda oleh Mahathir sebelum beliau bersara sebagai PM Ke-4 agar ianya adil kepada semua PM selepas beliau.

Walaupun layak mengikut undang-undang, Najib umumkan tolak tawaran kerajaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Najib bidas 2 tomahan Anwar dengan fakta

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker