Manifesto PH dalam PRU-14, Muhyiddin setuju tanpa bantah

KUALA LUMPUR: Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa manifesto Pakatan Harapan (PH) semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu menipu pengundi disifatkan sebagai tidak bercakap benar.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, Muhyiddin tidak memberikan gambaran sebenar apa yang berlaku semasa pembentangan manifesto dalam mesyuarat Majlis PH.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu masih ingat beliau dan beberapa pemimpin pembangkang lain ketika itu sendiri mengambil pendekatan membentangkan manifesto tersebut kepada Muhyiddin.



“Jika tidak dipersetujui, maka ia tidak boleh dilaksanakan. Persoalannya, kenapa Muhyiddin tidak berkata apa-apa?

“Semasa Datuk Saifuddin Abdullah (Setiausaha Agung PH ketika itu) bentangkannya, tiada sepatah kata pun (maklum balas)daripada Muh­yiddin.

“Bagi saya, ia sama ada beliau sengaja, lupa atau enggan bercakap perkara benar. Beliau memang sensitif sejak kebelakangan ini,” kata­nya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Muhyiddin dilapor­kan berkata, Perikatan Nasional (PN) diterajuinya tidak akan mengikut jejak langkah Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berbohong dengan manifesto semasa bersama PH pada pilihan raya umum lalu.



Pada Julai 2018, Mahathir dilaporkan berkata, manifesto PH bukan kitab suci yang wajib dipatuhi dalam isu pelantikan Speaker Dewan Rakyat dalam kalangan ahli Parlimen seperti dinyatakan dalam manifestonya sehingga bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri Datuk Mohamad Ariff Yusof mengangkat sumpah sebagai speaker baharu ketika itu.

Muhyiddin jangan lupa, janji manis Manifesto PH ditulis pemimpin Bersatu

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata, ‘tiada pihak yang bertindak betul’ pada pandangan Muhyiddin.



“Ia hanya mahu menunjukkan beliau seorang sahaja bersifat mak­sum, bebas daripada sebarang kekhilafan.

Menafikan manifesto PH sebagai satu bentuk penipuan, ahli Parlimen Bagan itu berkata, sememangnya sudah ada usaha untuk memenuhi janji-janji pembangkang termasuk pengurangan tol 20 peratus dan beberapa manifesto lain yang belum dapat direalisasikan sepenuhnya.

“Cuma, saya tegaskan, PH secara keseluruhannya memang sudah berusaha memenuhi janji kami ketika itu,” katanya.

Untuk rekod, PH sudah menunaikan dua daripada 10 janji dalam 100 hari pertama pentadbirannya iaitu menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan lima sebahagiannya tertunai iaitu memperkenalkan subsidi bersasar petrol dan menstabilkan harga petrol, memperkenalkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah.



PH juga menunaikan sebahagian usaha menyelaraskan purata gaji minimum, menangguhkan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan me­nubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak Perjanjian Malaysia 1963.

Tiga lagi janji yang masih dalam perkembangan ialah menghapuskan hutang tidak wajar dikenakan ke atas peneroka Felda, menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja beberapa 1MDB, Mara dan Tabung Haji dan Skim Peduli Sihat. – UTUSAN

Manifesto PH dalam PRU-14, Muhyiddin setuju tanpa bantah


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kami bukan macam Mahathir tipu – Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker