Chong Wei mahu hadiahkan isteri ikan siakap kayangan Langkawi

Chong Wei mahu hadiahkan isteri ikan siakap kayangan Langkawi

Bekas jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei ‘berhasrat’ untuk menghadiahkan ikan siakap yang tular di media sosial sebagai hadiah sempena ulang tahun perkahwinannya.

Chong Wei yang berkahwin dengan isterinya, Datin Wong Mew Choo pada tahun 2012 lalu secara berseloroh menulis hantaran itu dan turut memuat naik gambar perkahwinannya di laman Instagramnya semalam.



“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke sembilan buat isteriku. Tahun depan sudah tahun ke-10 kan, mari kita rancang ulang tahun ke-10 yang romatik dengan keadaan semasa Covid-19 yang semakin bertambah baik. Saya sudah impikan Bora-bora dan Tasik Louise.

“Ulang tahun ke sembilan kali ini sederhana sikit namun saya akan belikan kamu ikan siakap dari Langkawi,” tulisnya di ruangan hantaran.
Menerusi perkongsian sama, Chong Wei turut menceritakan kenangan dia melamar isterinya itu sewaktu mereka berada Gold Coast, Australia beberapa tahun yang lalu.

“Itu adalah momen yang paling gementar bagi saya, lebih gemntar daripada final Olimpik, lebih gementar daripada waktu mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saya berlatih ayat lamaran berulang kali namun bila buka mulut masih juga tergagap-gagap.

“Jatuh saya ‘terjatuh’ bila awak membisu selepas dilamar. Adakah saya tidak cukup bagus untuk awak? Tidak cukup kacak kah saya? Saya lihat cermin setiap hari, bukan Andy Lau tapi muka saya bolehlah cari makan,” katanya.



Tambah beliau, selepas terdiam beberapa ketika, Mew Choo dengan bergenang air mata menyetujuinya sebelum mereka berpeluk dan menangis bersama.

“Sehingga hari ini, saya masih mencubit diri sendiri kerana sukar untuk mempercayai kita sebenarnya bersama dengan dua anak lelaki yang tampan. Tidak sabar untuk meniti hari tua bersama kamu berpegangan tangan.

“Saya berjanji dengan kedua ibu bapa awak saya akan melindungi awak apabila saya mengahwini awak. Saya akan menunaikan janji itu,” luahnya.

Pada minggu ini, media melaporkan beberapa individu memuat naik gambar resit dibayar mereka di sebuah restoran makanan laut di Langkawi yang mencecah ribuan ringgit sehingga mendapat perhatian banyak pihak.



Penularan harga yang perlu dibayar itu juga turut menarik perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk turut menyiasat kebenaran dakwaan tersebut. MG

Chong Wei mahu hadiahkan isteri ikan siakap kayangan Langkawi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty



Sharifah Sakinah kena kecam belanja foto berendam dalam tab mandi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker