Pikap masuk kubur bersama tuannya

Pikap masuk kubur bersama tuannya

Mexico City: Biarpun harta tidak boleh dibawa bersama ke dalam kubur namun seorang lelaki di Mexico membuktikan kata-kata itu ‘salah’ kerana dia dikebumikan bersama pikap kesayangannya.

Oddity Central melaporkan, Don Adan Arana dari Puerto San Carlos di Baja California Sur, Mexico membuat permintaan itu sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Lelaki itu meninggal dunia kerana bertarung dengan penyakit tidak dapat dirawat.

Pikap itu pula adalah kenderaan pemberian anaknya.

Don Adan Arana dikatakan membuat permintaan berkenaan kerana mahu menggunakan kenderaan itu di ‘alam selepas kematian’.

Keluarganya akur dan cuba menunaikan permintaan terakhirnya dengan mengebumikan mayat Don Adan Arana bersama pikap kesayangannya.

Beberapa gambar sewaktu proses pengebumian tular di laman sosial menunjukkan kren digunakan untuk menurunkan pikap ke dalam kubur.

Keranda pula diletakkan di atas pikap berkenaan.

Dalam pada itu, menurut akhbar Mexico, El Universal, ketua penduduk, Francisco Tovar memaklumkan keluarga Don Adan Arana boleh dikenakan denda dalam jumlah besar kerana kegagalan keluarga memohon kebenaran melakukan pengebumian luar biasa.

Kisah hampir serupa pernah dilaporkan sebelum ini membabitkan seorang ahli politik Afrika Selatan yang disemadikan di dalam limosin Mercedes dan bukannya dalam keranda biasa. HM

Pikap masuk kubur bersama tuannya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty

Sharifah Sakinah kena kecam belanja foto berendam dalam tab mandi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker