SUAMI NYNAA HARIZAL FAILKAN NUSYUZ

SUAMI NYNAA HARIZAL FAILKAN NUSYUZ – BAPA MENTUA MENGAKU TIDAK BERSALAH

Suami Nynaa Harizal iaitu Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas akhirnya membuat tuntutan nusyuz agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya, selepas hampir dua minggu Nynaa didakwa keluar rumah tanpa kebenaran.

Permohonan itu difailkan Mohamed Fahmi, 29, selaku plaintif di hadapan Penolang Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Noriah Zakaria pada petang Khamis.

Berdasarkan dokumen yang dikongsikan, Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal, 25, selaku defendan diperintah kembali taat dan pulang ke kediaman mereka di Jalan Pinang, Kuala Lumpur dengan segera.

Permohonan itu bertujuan menyelamatkan pernikahan mereka dan Nynaa kembali menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, selain hidup dalam kasih sayang.

Mohamed Fahmi yang berkahwin dengan Nynaa pada 28 Ogos lalu dan belum dikurniakan cahaya mata itu ketika ditemui di perkarangan mahkamah berkata, dia bersedia pada bila-bila masa menerima kepulangan isterinya itu.

“Saya sentiasa ada untuk awak. Awak boleh hubungi saya bila-bila masa… saya harap kita dapat berjumpa dalam masa terdekat. I love you sayang! Saya harap awak kuat, banyakkan berdoa kepada Allah dan berzikir. Saya menghitung hari untuk berjumpa awak… jangan berhenti berdoa setiap hari,” katanya.


Baca Artikel Menarik :


Dalam prosiding itu, Mohamed Fahmi diwakili peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar. Mahkamah kemudian menetapkan 1 Disember depan untuk sebutan semula kes terhadap permohonan itu.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pula, bapa Nynaa iaitu Harizal Hashim, 49, mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengugut dengan mengeluarkan sepucuk pistol terhadap seorang lelaki pada 2 November lalu.

Harizal yang juga seorang bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali, pada Khamis.

Berdasarkan pertuduhan, Harizal didakwa menakutkan Mohamad Nur Usry Mohd. Yusoff, 25, dengan mengeluarkan sepucuk pistol jenis CZP-07. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan U13/25J, Jalan Setia Perdana, Alam Nusantara, Setia Alam pada pukul 1.40 pagi pada tarikh berkenaan. Mahkamah mengenakan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Disember depan untuk sebutan kes berkenaan.

[videopress v6N54IBI]

SUAMI NYNAA HARIZAL FAILKAN NUSYUZ


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


#prnMelaka2021: Timbalan Pengerusi Giat MARA ‘Letak Racun’ Dalam Periuk Nasi Orang?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker