#prnMelaka2021: Timbalan Pengerusi Giat MARA ‘Letak Racun’ Dalam Periuk Nasi Orang?

Oleh Megat Terawih

Memang wujud spesis manusia yang suka merosakkan punca rezeki orang lain.

Ada yang dengki kerana mereka bersaing perniagaan yang sama, ada yang dari satu pejabat namun berebut kenaikan pangkat dan ada yang kerana politik haiwan. Sanggup buat apa sahaja demi kepuasan melihat musuh tersungkur sehingga ada yang sanggup membunuh.



Sejarah politik individu yang menggunakan nama Che’GuBard bagi platform laman sosial facebook memang agak malang dan malap. Ramai yang tahu kisah politik seorang yang kerjaya awalnya cikgu, menjadi budak suruhan Anwar, mengukir nama dengan kononnya berani bertempik hiruk membuat demontrasi atas nama jenayah liwat Anwar.

Tiada yang boleh dibanggakan selain aktiviti provokasi fizikal dan mula menggunakan saluran media sosial melakukan provokasi jahat serta tidak matang yang lebih bersifat ‘haiwan siber agresif’ untuk mendapat perhatian umum.

Dari penyokong tegar Anwar kepada penyokong tegar Najib dan akhirnya penjilat Mahathir dan rupanya tidak terhenti di situ apabila jawatan lantikan atas kapasiti parti atau penyokong tegar parti politik, beliau lagi sekali bertindak meninggalkan Mahathir dan membontot Muhyiddin, demi jawatan Timbalan Pengerusi Giat Mara.

Walaupun berjawatan nampak seperti orang yang tinggi kelulusan akademiknya namun watak haiwan politik tidak boleh dipisahkan darinya. Mungkin jawatan tersebut sekadar untuk baiki kehidupannya yang cacat ekonomi. Suapan rezeki ke mulut anak dan bininya mungkin terencet. Gaji sebagai cikgu sudah lama terputus kerana berhenti kerja, tawaran datang dengan bergaji tetap siapa yang akan menolaknya.



Terkini, satu laporan polis telah dibuat kerana membuat pertuduhan liar terhadap periuk nasi lawan politik di pilihanraya negeri Melaka.

Tanpa perlu periksa, beliau lancarkan serangan fitnah terhadap perusahaan milik musuh yang berlainan idealogi politik. Mungkin untuk tunjukkan kepada Tuan yang memberi makan kepada beliau dan anak isteri melalui jawatan Timbalan Pengerusi Giat Mara bahawa beliau boleh diarah untuk membuat apa sahaja demi sesuap nasi dari majikannya. Walhal beliau hanya berstatus lantikan politik.

Perniagaan baru saja menunjukkan pemulihan pendapatan setelah hampir 3 tahun melalui zaman kelam kerana covid19. Tetapi bagi haiwan politik, biar saja musuh mampus asalkan Tuan pemberi makan boleh dipuaskan nafsu haiwannya.

Kerugian bukan sedikit dan ancaman fitnah berkaitan covid19 amat bahaya dan boleh mencetuskan ketenteraman awam.



Kepada PDRM, bertindaklah walaupun pemfitnah itu ‘budak’ Menteri KDN sekali pun.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker