PAS tidak boleh bersama kedua-dua – penganalisis
PAS tidak boleh berharap untuk mengelak daripada bertembung dengan Umno pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang sebagaimana berlaku di pilihan raya negeri (PRN) Melaka bulan ini jika ia terus kekal bersama Bersatu, kata seorang penganalisis politik.
Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, PAS akhirnya mesti memutuskan sama ada mahu berpihak kepada Umno atau Bersatu pada PRU15.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata pertembungan “mesra” antara PAS dan Umno di Melaka tidak akan berlaku pada PRU15.
Oh berkata, PRN Melaka menyaksikan pertembungan antara Umno dan PAS yang merupakan sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu, sukar untuk dihalang.
“Pilihan raya umum mungkin beberapa bulan lagi, jadi ada masa untuk Umno dan PAS berunding, tetapi ia masih bergantung kepada kedudukan PAS, terutamanya selepas pilihan raya negeri Melaka,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya PAS kekal bersama Bersatu menjelang PRU15, parti itu akan setara dengan Bersatu kerana Bersatu mempunyai sedikit sokongan akar umbi dan perlu banyak bergantung kepada jentera PAS.
“Sekiranya PAS berpihak kepada Umno, kelebihannya adalah Barisan Nasional (BN) lebih berkemungkinan membentuk kerajaan dan boleh melaksanakan dasar yang PAS mahukan dengan baik. Kelemahannya, sudah tentu, Umno hampir kerap memainkan peranan sebagai ‘abang besar’ dalam hubungan kerjasama,” katanya.
Oh berkata, PAS tidak akan dapat mencapai cita-citanya untuk bersama-sama dengan kedua-dua Umno dan Bersatu sebagai sekutu kerana kedua-dua parti itu adalah pesaing semulajadi.
Profesor sains politik di Universiti Sains Malaysia Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata, PAS mesti mengutamakan Muafakat Nasional berbanding PN jika tidak mahu bertembung dengan Umno lagi.
Beliau tidak menolak kemungkinan Umno dan Bersatu masih boleh bekerjasama untuk PRU15, lebih-lebih lagi jika Pakatan Harapan menang di Melaka hasil perpecahan undi dalam kalangan masyarakat Melayu.
“Tetapi PAS perlu meletakkan MN di hadapan PN, dan memudahkan kompromi antara Umno dan Bersatu,” katanya kepada FMT.
Fauzi berkata, ini kerana MN mendahului PN dan berasaskan kepada penyatuan orang Melayu, sedangkan PN adalah entiti politik.
“Dengan berpihak kepada Bersatu dalam PN, PAS memberi gambaran bahawa kepentingan politik mengatasi pertimbangan lain, malah pertimbangan agama,” katanya.
Bagaimanapun, Fauzi berkata walaupun BN akan bergerak solo pada PRU15, ia masih boleh mendapat manfaat daripada menarik lebih ramai pengundi bukan Melayu dan Melayu liberal disebabkan sikap konservatif PAS, terutamanya di bawah kepimpinan Hadi Awang yang cenderung untuk “menolak” bukan Melayu serta orang Islam yang berfikiran sekular. FMT
PAS tidak boleh bersama kedua-dua – penganalisis
Baca Artikel Menarik :
- Cuba rempuh, polis tembak kereta, tahan suspek edar dadah
- Letak duit dalam coli pun tak selamat
- Suara Level Penyanyi Karaoke – Azmeer Tegur Iqbal
- Gelagat politik PAS tidak patuh syariah?
- Nynaa Harizal dilarikan keluarga guna senjata api, suami buat laporan polis
- PRN Melaka: Umno tampil 90% muka baharu
- Vanessa Angel dan suami maut dalam nahas jalan raya
- Terkejut bayar harga siakap Langkawi RM1,196 seekor
- Setimpalkah hukuman mereka ini– Didie Alias
- Kemaluan bengkak, kanak-kanak didakwa disunat jin
- McDonalds kembali dengan menu ayam goreng 3x pedas
Layari Laman Facebook MYKMU
Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’
You must be logged in to post a comment.