YB Viral sahkan pencalonan di DUN Pengkalan Batu

Jangan sebut Pakatan Harapan,” kata bekas exco Melaka di bawah dua kerajaan berbeza, Norhizam Hassan Baktee, yang mengemukakan borang untuk menjadi calon bebas.

Dia sebelum itu ditanya sama ada berasa kecil hati selepas namanya tidak dicalonkan oleh PH walaupun menjadi satu daripada empat watak yang membawa hilangnya sokongan majoriti pada Sulaiman Md Ali selaku ketua menteri Melaka.

Untuk rekod Norhizam memenangi kerusi Pengkalan Batu atas tiket DAP dan membentuk kerajaan PH selepas PRU ke-14 pada 2018.

Bagaimanapun dia kemudian berpaling tadah bersama beberapa Adun lain untuk memberikan sokongan kepada BN-PN kemudiannya.

Kata Norhizam tidak ada masalah untuk dia berkhidmat kepada orang ramai walaupun bertanding sebagai calon bebas.

“Di Melaka ada berapa wakil rakyat? Dua puluh lapan… tapi yang boleh buat kerja berapa orang?” katanya.

“Saya minta rakyat buka mata dan nilai sendiri, logo dan parti bukan jalan penyelesaian,” katanya.

Dia juga mendakwa sebagai orang yang merendah diri dan boleh ditemui dengan mudah di tepi jalan.

“Saya tak ada protokol, humble (merendah diri), saya boleh jumpa di tepi jalan,” katanya.

YB Viral sahkan pencalonan di DUN Pengkalan Batu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bekas YB ‘Juara Penambak Babi’ yakin menang walaupun bertanding bebas

PH ada kelebihan bila undi Melayu pecah tiga

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker