Mahathir dan Pulau Batu Putih

Pada tahun 2008 Tun Mahathir ke hulu dan ke hilir membelasah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana kalah dalam perbicaraan merebut Pulau Batu Putih.

Saya tahu kerana saya antara orang yang mengikut beliau ketika itu. Saksi hidup yang berjuang menulis isu ini termasuklah Zakhir Mohamed dan Salahuddin Hisham. ?

Sekarang bila Allah beri peluang beliau menjadi PM sekali lagi, beliau langsung tidak berjuang untuk mendapatkan semula.

Mengapa tarik diri?

Apakah sebab dulu beliau hanya mahu menjatuhkan Pak Lah bukannya demi kepentingan negara?

Apakah sebab dulu Ghani Patail bukan pasukan beliau dan sekarang Ghani antara orang yang membantu beliau menjatuhkan Najib Razak?

Atau ada rundingan peribadi dan konspirasi di belakang tabir antara Singapura dan Mahathir?

Atau kerana Mahathir sekarang sekadar boneka DAP?

Demikianlah Allah membuka sedikit demi sedikit hipokrasi Tun M.

Dan demikian juga Allah menunjukkan kebenaran kepada mereka yang terpedaya dengan laungan perjuangan Mahathir dahulu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker