Mat rempit pukul polis ditahan

Mat rempit pukul polis ditahan

KULAI: Empat mat rempit ditahan kerana disyaki memukul seorang anggota polis yang bertugas dalam Op Selamat ke-20 di Kilometer 7, Jalan Kulai-Kota Tinggi, di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, anggota polis berkenaan diserang dan dipukul empat lelaki berkenaan pada pukul 3.04 petang hari raya kedua semasa sedang bertugas.



“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis telah menjalankan serbuan di dua lokasi berasingan dan berjaya menahan keempat-empat suspek yang berusia antara 23 hingga 39 tahun.

“Berdasarkan siasatan awal yang dibuat, kesemua mereka mengaku telah terlibat dalam kejadian merusuh dan juga aktiviti perlumbaan haram,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semakan mendapati tiga daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan jenayah.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 186 dan 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan.



Kesemua suspek kini direman selama empat hari hingga Jumaat ini. Utusan

Mat rempit pukul polis ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Virgoun buat seks ketika berpuasa

Instafamous Elcah dakwa bekas suami paksa poligami



Baju tahun lepas pun tak habis pakai – Che Ta

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker