Pindaan status ‘wilayah’ mesti dirujuk ke Majlis Raja-Raja

Pindaan status ‘wilayah’ mesti dirujuk ke Majlis Raja-Raja

Cadangan untuk mengubah status Sabah dan Sarawak daripada “negeri” kepada “wilayah” perlu dirujuk kepada Majlis Raja-Raja terlebih dahulu, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Selepas itu barulah perkara tersebut boleh di bawa ke Parlimen. “Kita perlu menghormati proses,” kata Anwar kepada wartawan di Kuching di mana beliau mempengerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Anwar berkata, proses itu boleh dijalankan, namun dia enggan menyentuh mengenainya kerana ia tidak menjejaskan kedudukan status negeri dalam konteks perlembagaan persekutuan yang sudah dipinda.

“Sama ada disebut negeri atau wilayah tidak merubah sikap kerajaan dan pendirian kita bahawa entitinya Sabah, Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu,” katanya.

Kerajaan Sabah dan Sarawak sudah lama membantah pindaan pada Perlembagaan Persekutuan di mana Sabah dan Sarawak disenaraikan sebagai antara 13 negeri yang membentuk persekutuan.

Mereka meminta negeri itu diasingkan selepas pindaan Perlembagaan itu diluluskan Parlimen dan berkuatkuasa pada Feb tahun lalu.

Pindaan itu memasukan klausa yang menyatakan negeri yang membentuk persekutuan terdiri daripada Negeri Tanah Melayu (Johor, Kedah, Kelantan, Malaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu) dan Negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

Pada awal bulan ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno berkata, status Sabah dan Sarawak diiktiraf sebagai “wilayah” dan tidak lagi dianggap sebagai “negeri” dalam Malaysia.

Bagaimanapun, Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata, perubahan status itu belum digazetkan lagi.

Pindaan status ‘wilayah’ mesti dirujuk ke Majlis Raja-Raja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker