Tempah pelacur menerusi WeChat, RM190 sekali langgan
Tempah pelacur menerusi WeChat, RM190 sekali langgan
Seramai 33 warga asing yang dipercayai terbabit pelacuran dan menawarkan khidmat sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Op Gegar membabitkan beberapa premis sekitar Kuchai Lama dan Puchong, Isnin lalu.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata operasi pertama dijalankan di sebuah hotel bajet di Kuchai Lama yang dipercayai menawarkan pelacur warga asing dengan harga langganan antara RM190 hingga RM240.
Hasil risikan mendapati premis berkenaan dikunjungi ramai pelanggan warga tempatan. Mereka perlu memilih wanita dan membuat tempahan serta bayaran secara dalam talian terlebih dahulu melalui WeChat dan Telegram.
“Hasil pemeriksaan dan operasi, seramai 17 warga asing terdiri daripada tujuh wanita warga Thailand, empat wanita warga Indonesia dan tiga wanita masing-masing warga Myanmar, Laos dan Vietnam yang disyaki melakukan aktiviti pelacuran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Turut ditahan dalam operasi ini adalah tiga lelaki warga Myanmar yang bekerja di premis berkenaan.
Khairul Dzaimee berkata, operasi kedua dijalankan di sebuah pusat hiburan di Puchong, Selangor yang dikawal ‘tonto’ sebagai pemberi maklumat kepada pengendali pusat hiburan berkenaan bagi menggagalkan sebarang usaha serbuan pihak berkuasa.
Strategi itu bagaimanapun dapat dipatahkan dengan tindakan taktikal pegawai Imigresen yang menjalankan serbuan.
Katanya, semasa serbuan terdapat cubaan melarikan diri oleh wanita warga asing ini termasuk bersembunyi bagi mengelak ditahan.
“Bagaimanapun mereka gagal lolos kerana premis itu sudah dikepung termasuk jalan keluar yang sudah dikenal pasti lebih awal Imigresen sebelum serbuan.
“Dalam serbuan ini Imigresen menahan 16 wanita warga Vietnam yang disyaki bekerja sebagai GRO dan seorang lelaki warga India yang juga pekerja di premis berkenaan.
“Siasatan awal mendapati premis ini menawarkan GRO warga asing sebagai peneman minum dengan bayaran serendah RM50 dan turut menawarkan pakej bawa pulang GRO dengan harga berasingan,” katanya.
Khairul Dzaimee berkata, antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen.
Semua yang ditahan akan ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen Semenyih, Selangor untuk siasatan mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“Imigresen akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan membanteras aktiviti menyalahi undang-undang terutama membabitkan warga asing.
“Tindakan ini penting bagi memastikan usaha kerajaan memulihkan negara dari kesan pandemik COVID-19 melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya. BH
Tempah pelacur menerusi WeChat, RM190 sekali langgan
Baca Artikel Menarik :
- Anzalna tidak tahu bapa jadi CEO Finas
- Sudah tiada jalan BN, PN berunding
- DAP dakwa jika letak ‘patung’ di Kota Laksamana pun boleh menang
- Debat Kabotaj, Guan Eng tak dapat lawan Ka Siong
- Jangan Percaya Ujian ‘Saliva’ Atau Antigen – Shahrulezad
- PAS tidak akan beri undi jika BN-PN bertembung di PRN Melaka
- Lelaki ditahan pukul, bunuh, tanam mayat kekasih
- Ketua Pengarah Maritim ‘kong kali kong’, kasi tukar
- Kaedah Mencari Barang Hilang Menurut Islam
- Resepi laksa goreng seafood sempoi
- Mat Sabu persoal status siasatan dakwaan bekas KPN tentang rasuah dalam politik
Layari Laman Facebook MYKMU
Kalau lihat jasad Zulfarhan, saya tak boleh nak bayangkan – Hakim