Belalai air cemaskan kaki pancing di bawah Jambatan Pulau Pinang

GEORGETOWN: Kaki pancing di bawah Jambatan Pulau Pinang di sini cemas setelah melihat fenomena belalai air kecil berlaku dari arah Seberang Perai menghala ke Pulau Jerejak petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu turut menyebabkan pemandu bot pancing terpaksa berpatah balik ke jeti berikutan kejadian angin kencang dan ribut disusuli hujan lebat.

BELALAI air kecil yang berlaku berdekatan Jambatan Pulau Pinang mencemaskan kaki pancing yang berada di bawah jambatan itu.

Difahamkan, ramai kaki pancing berada di tembok bawah jambatan ketika bencana berlaku dan masing-masing sedang menunggu bot pancing untuk pulang.

Seorang pemandu bot pancing, Sobri Karim, 36, berkata, semasa kejadian berlaku terdapat seramai enam kaki pancing berada di atas bot.

“Ketika itu,kami dalam perjalanan pulang ke jeti di Batu Uban selepas mengambil kaki pancing di bawah jambatan. Keadaan bertukar cemas berikutan  penumpang pertama kali melihat kejadian anak puting beliung (belalai air) berlaku.

“Laut ketika itu bergelora dan kami turut terkena tempias ribut. Mujur tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini kerana lokasi di sini terlindung dengan Bukit Juru dan Seberang Perai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketika ini, hujan berlaku di beberapa daerah di negeri ini sejak petang ini dan keadaan perairan berdekatan Jambatan Pulau Pinang dilaporkan kembali stabil. – UTUSAN


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


#PRNMelaka : Permainan Kayu Tiga, PAS Dihukum Undi Protes

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker