#PRNMelaka : Permainan Kayu Tiga, PAS Dihukum Undi Protes

Oleh Wahida

Pengumuman untuk tidak menggunakan lambang PAS di PRN Melaka telah dimuktamadkan oleh Presidennya. Dengan kata lain, untuk pertama kalinya dalam sejarah PAS setelah wujud 60 tahun lebih, akan dilenyapkan di atas kertas undi pilihanraya. Segala-galanya demi Muhyiddin dan PPBM.

Jika dilihat sejarah pilihanraya negara, ketika PAS bersama-sama Pakatan Rakyat pun, lambang bulan dikekalkan dan dihormati.



Ketika Muafakat Nasional, persefahaman politik yang dijalinkan di antara UMNO dan PAS, terpampang lambang bulan di sebelah lambang keris umno. Bulan kekal dihormati.

Malangnya, demi ‘scheme of things” dari Muhyiddin, kepimpinan tertinggi PAS telah bersetuju, logo bulan dilenyapkan. Apakah ini juga dikehendaki akar umbi PAS?

Kita mengetahui kesetiaan ahli-ahli PAS kepada kepimpinan mereka, tidak boleh dipersoalkan. Namun nampaknya hari ini, ahli-ahli PAS lebih mengutamakan untuk setia kepada perjuangan parti berbanding wala’ kepada pemimpin.

Perpecahan terbesar dalam PAS adalah ketika berlaku team Mat Sabu ramai-ramai keluar dari PAS untuk menubuh PAN. Namun PAS kekal dengan kekuatan akar umbi mereka yang setia.



Jalinan kerjasama PAS dan UMNO dalam Muafakat Nasional pula telah mampu memberi kejutan kepada Pakatan Harapan apabila 7 pilihanraya kecil bukan saja telah dimenangi malahan bilangan majoriti pengundi juga bertambah.

Hari ini pula, gelombang menolak team Presidennya sedang berlangsung di seluruh negara apabila keputusan pemilihan parti menyaksikan beberapa figura penting team Hadi Awang telah ditolak akar umbi, contohnya Setiausaha politik kepada Menteri Besar, Muhyiddin Abdul Rashid.

PAS Melaka pula nampaknya tidak sunyi dari gelombang ini. Walaupun pemilihan telah dilakukan, namun di media sosial, ahli-ahli dan penyokong PAS tidak langsung menunjukkan kegembiraan mereka. Ini terbukti di Facebook Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dengan 18 ribu followers, mendapat sambutan yang sangat dingin.

Keikhlasan dan keserasian kerjasama akar umbi UMNO dan PAS telah terbukti memberi kejayaan demi kejayaan. Rata-rata program politik dan kemasyarakatan, pasti kedua-dua akar umbi parti politik berjalan seiringan seperti 2 sahabat bergandingan dalam satu permainan.



Akhirnya menjelang PRN Melaka, kepimpinan PAS dan PPBM telah mensia-siakan keikhlasan perjuangan akar umbi PAS untuk melihat satu perpaduan ummah dari 2 parti terbesar Melayu iaitu UMNO dan PAS.

Kekecewaan tidak lagi mampu dibendung apabila ada di antara akar umbi PAS telah bersuara lantang menentang keputusan Hadi Awang. Apakah akhirnya, PRN Melaka akan menyaksikan undi protes di kalangan pengundi PAS? Apakah kepimpinan PAS sengaja tidak mahu melihat sebarang kerusi dimenangi mereka?

PRN Melaka bakal menyajikan kegagalan Perikatan Nasional dan undi protes tidak akan mampu dielak lagi apabila kepimpinan PAS memilih untuk terus bermain kayu tiga.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker