Parti Muhyiddin Tukar PAS Jadi Tidak Terlalu Melayu Tidak Terlalu Islam

Oleh Nurul Aisyah

SETIAP parti ada perjuangan mereka sendiri. Mereka diuji samada mampu mempertahankan prinsip dan “akidah” yang kononnya dijaga selama ini. Kini Parti Islam Se Malaysia sedang diduga samada mereka mampu mempertahankan “prinsip” mereka selama ini atau pun sebenarnya prinsip tersebut sekadar propaganda untuk mengaburi mata rakyat.

Mykmu melihat parti PPBM pimpinan Muhyiddin kini telah berjaya menukar parti PAS menjadi tidak terlalu Melayu dan tidak terlalu Islam. Prinsip PAS kini hanya tinggal sejarah.



Perkara tersebut diakui sendiri oleh Ketua Penerangan PAS negeri, Bakri Jamaluddin. Memetik petikan sumber.

“Keputusan menggunakan logo PN merupakan suatu keputusan yang bijak. PAS yang sebelum ini dilabel sebuah parti yang berfikiran sempit, eksklusif, terlalu Melayu dan Islam. Namun kini ternyata dilihat lebih terbuka dalam menghadapi PRN Melaka yang akan berlangsung pada 20 November nanti,” ujarnya.

Isu agama, bangsa dan negara bukan perkara yang boleh dipertaruhkan demi kerakusan kuasa. Ianya perlu dipertahankan demi menjaga kemaslahan umat dan kesinambungan bangsa. Adakah itu sudah tidak penting lagi bagi parti PAS?

Mungkin perkara ini akhirnya membongkar identiti sebenar parti yang mendabik dada kononnya mempertahankan Islam selama ini.



PAS Melaka menyifatkan keputusan jawatankuasa pusat parti itu untuk menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai tindakan bijak.

Demi kuasa PAS kini sanggup menjadi tidak terlalu Melayu dan tidak terlalu Islam kerana mereka tahu suasana politik di Kelantan, Terengganu dan Kedah berbeza dengan Melaka dan negeri-negeri Pantai Barat lainnya.

Adakah ini bermakna mereka berpura-pura selama ini di Kelantan, Terengganu dan Kedah?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker