Cemburu mesej lelaki lain, suami ‘barai’ gerai isteri
Cemburu mesej lelaki lain, suami ‘barai’ gerai isteri

JAKARTA – Gara-gara cemburu melihat isterinya berkomunikasi dengan lelaki lain, seorang suami bertindak mengugut dan merosakkan barangan jualan isterinya dalam kejadian di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan, lapor portal berita detikSulsel.
Suspek dikenali sebagai RN, 36, akhirnya ditangkap polis di daerah Gowa pada Sabtu lalu selepas video kekecohan tersebut tular di media sosial.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Balai Polis Rappocini, Iptu Muh Ali Djaras berkata, tangkapan dibuat selepas polis mengenal pasti identiti suspek melalui rakaman video yang tersebar.
Suspek melakukan ugutan terhadap isterinya pada Sabtu lalu sekitar 6.00 pagi (waktu tempatan)
“Suspek cemburu selepas menemui mesej perbualan isterinya dengan lelaki lain ketika memeriksa telefon bimbit mangsa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Tok Ajak’ Hargai Pengorbanan “Pejuang Laut” Cari Rezeki
- Wanita UMNO Terus Komited Memperkasa Parti, Dampingi Rakyat – Noraini
- Kerajaan Digesa Tubuh Tribunal Khas Siasat Isu Rohingya Dan Sindiket Penyeludupan
Pendidikan Jalan Terbaik Ubah Masa Depan Generasi Muda – Samasuddin Yusop
“Motif sementara yang kami peroleh adalah rasa cemburu suspek selepas mengetahui tentang komunikasi mangsa dengan lelaki lain,” katanya.
Dalam keadaan marah, suspek mendatangi mangsa yang sedang menjual dan mengambil sebuah cerek plastik mengandungi adunan kuih lalu membalingnya ke arah mangsa.
Tindakan suspek menyebabkan mangsa melarikan diri ke dalam rumah kedai berhampiran tempatnya berniaga.
Sementara itu, suspek turut menyiram bahan api jenis diesel ke dalam baldi yang mengandungi adunan kuih milik mangsa sebelum melarikan diri.- AGENSI
Cemburu mesej lelaki lain, suami ‘barai’ gerai isteri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama Politik Tuntut Sikap Menghormati, Bukannya Tonjol Dominasi – Armand
- PRN Johor: Jangan Pertaruh Masa Depan Johor… Kekalkan Kestabilan, Kemajuan
- Taklimat Ketua PDM Perkukuh Kesiapsiagaan Jentera – Pemuda UMNO Tambun
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selamat Menyambut Awal Muharram, Terjemah Semangat Hijrah Melalui Tindakan
You must be logged in to post a comment.