Lelaki tertinggal anak ketika curi motosikal

Lelaki tertinggal anak ketika curi motosikal

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang lelaki yang tertinggal anaknya ketika mencuri sebuah motosikal di tepi jalan, lapor laman berita Suara.com.

Video berkenaan dimuat naik di akaun Instagram @terang_media. Kejadian itu dikatakan berlaku di sebatang jalan di Pematang Siantar, Sumatera Utara.



Rakaman memaparkan seorang lelaki bersama anak perempuannya sedang berjalan di tepi sebatang jalan yang agak sesak.

Lelaki itu kemudian meluru ke arah sebuah motosikal yang ditinggalkan di tepi jalan lalu membawanya pergi. Dia bagaimanapun meninggalkan anak perempuannya tanpa disedari.

Kanak-kanak itu kelihatan keliru melihat aksi bapanya lalu cuba menaiki motosikal namun, dia ditinggalkan begitu sahaja.

“Menurut keterangan kanak-kanak yang ditinggalkan, pelaku ialah bapanya dan rumah mereka terletak 200 meter dari lokasi kejadian,” demikian menurut keterangan video tersebut.



Seorang lelaki lain dilihat cuba mengejar pencuri yang melarikan motosikalnya, namun gagal. Budak malang yang ditinggalkan itu dibawa masuk ke dalam salah sebuah rumah penduduk dan disoal siasat.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kasihan anaknya,” kata seorang netizen.

“Semoga anaknya tidak meniru bapanya menjadi pencuri,” komen netizen lain. K Online



Lelaki tertinggal anak ketika curi motosikal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)



Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker