#PRNMelaka : Perang Manifesto – BN Berani Beri Tawaran

Oleh Wahida

Setiap kali menjelang pilihan raya samada PRU, PRK atau PRN, selain dari debaran menunggu senarai calon parti-parti politik yang bertanding, janji-janji atau lebih dikenali sebagai manifesto sangat dinanti-nantikan pengundi.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh telah mengumumkan manifesto BN PRN Melaka akan dilancarkan selepas pengumuman calon-calonnya. Tiga fokus utamanya adalah kestabilan, kemakmuran dan muafakat.

Dengan penuh keyakinan, Datuk Rauf nyatakan yang rakyat Melaka pasti menikmati tawaran-tawaran baharu yang berfaedah kepada mereka.

Manifesto BN juga akan menyenaraikan semua pencapaian kerajaan sejak pentadbiran Melaka diterajui BN Mac tahun lalu di mana antara isu utama ialah masalah catuan air yang ditinggalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah dapat diselesaikan kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Terdahulu, Pengerusi BN Dato’ Ahmad Zahid Hamidi telah memberi bayangan bahawa manifesto dari BN pasti akan lekat di hati rakyat Melaka. Yang pasti manifesto BN bukanlah kitab suci tetapi aku janji yang pasti dilaksanakan demi kepentingan rakyat Melaka.

PH dan PN yang bertanding pasti tidak akan ketinggalan menghidangkan janji-janji mereka pula. Lebih pasti rakyat Melaka akan diberi janji bulan dan bintang di mana akhirnya setelah berkuasa, mereka tidak akan tunaikan. Sejarah PRU14 telah mereka buktikan.

Sejarah juga telah membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia, selama 60 tahun memerintah, semua janji-janji pilihanraya, hanya BN saja yang mampu menepati tawaran-tawaran mereka.

Oleh itu, jika rakyat Melaka pernah hidup tenang dan senang di zaman BN, apa perlu mencari kesusahan di zaman PH dan PN memerintah. Maka, yakinlah kepada segala tawaran yang dihulurkan oleh Barisan Nasional nanti agar di hari mengundi tidak sekali lagi tersalah memilih.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker