Lelaki maut ditikam di dada, 3 ditahan polis

IPOH: Seorang lelaki maut ditikam dalam kejadian di Taman Silibin, di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 35 tahun mengalami kecederaan parah setelah ditikam di bahagian dada.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 4.15 pagi ini setelah dimaklumkan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).



Katanya, menurut maklumat itu, seorang lelaki dibawa ke hospital oleh rakannya dan mangsa telah meninggal dunia.

“Menurut saksi, kejadian berlaku di Taman Silibin. Mangsa maut akibat kecederaan parah ditikam. Hasil bedah siasat ke atas lelaki itu mendapati punca kematian adalah daripada luka tikaman di bahagian dada,” katanya di sini hari ini.

Menurut Yahaya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, susulan itu, tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes selain mengesan seorang lagi lelaki yang masih bebas.



“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintenden Norshaharah Marzuki di talian 017-4817800 atau Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2542222,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Lelaki maut ditikam di dada, 3 ditahan polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker