Ketua Menteri Dan Mangsa Kemalangan

Oleh Ustaz

Walaupun sedang dihujani peluru fitnah yang menyerang diri serta keluarganya, YAB Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dilihat tidak menghiraukan segala tohmahan tidak berasas itu.

Beliau dilihat tetap meneruskan agenda menyantuni rakyat dan menyelami denyut nadi rakyat.



Dalam satu sisipan dalam FB Page Sulaiman Md. Ali, beliau berkongsikan tentang satu kes kemalangan di persimpangan MITC, Ayer Keroh melibatkan seorang penunggang motosikal ketika beliau dalam satu program di Dun Lendu. Beliau sempat menghentikan kenderaan untuk memberi bantuan.

Beliau juga mendoakan agar mangsa dipermudahkan segala urusan dan dilindungi oleh Allah S.W.T.

Dinasihatkan agar pengguna jalan raya lebih berhati-hati di jalan raya kerana jalan raya kini semakin dipenuhi kenderaan.

Dalam satu perkembangan lain, Sulaiman yang juga Ketua Menteri Melaka memaklumkan, kerajaan Melaka berjaya mendapatkan sumber kewangan untuk projek baharu bekalan air bernilai RM 1.467 bilion.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker