Keluarga Malaysia, siapa yang ‘ciplak’ siapa?

Keluarga Malaysia, siapa yang ‘ciplak’ siapa?

SEBAIK sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan penghujung Ogos lalu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob lantas memperkenal penggunaan frasa Keluarga Malaysia bagi menyatupadukan rakyat seluruh negara.

Dalam pada kita masih berhadapan cabaran besar pandemik dan krisis ekonomi, konsep Keluarga Malaysia amat diperlukan bagi bersama-sama membina semula negara ke tahap tertinggi.

Pendekatan yang julung kali disebut dalam ucapan sulung Perdana Menteri pada 22 Ogos lalu itu mengetengahkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

Bukan itu sahaja, sebaik sahaja diilhamkan Perdana Menteri, kerajaan tidak menunggu lama memastikan pelbagai program di bawah pendekatan Keluarga Malaysia diperkenalkan.

Daripada Rumah Ikram Keluarga Malaysia dan Skuad Keluarga Malaysia hinggalah ke Pakej Penjagaan COVID-19 Keluarga Malaysia, semuanya memberi limpahan manfaat kepada rakyat.

Selepas dua bulan, konsep itu semakin rancak meniti di bibir seluruh rakyat Malaysia apatah lagi setelah Ismail Sabri sendiri melancarkan Keluarga Malaysia di Sarawak, kelmarin.

Bila mula menunjukkan hasil, muncul pula suara-suara sumbang cuba ‘menuang tuba’ dan mendakwa konsep dibawa Perdana Menteri ini adalah hasil ‘ciplak’ idea Deklarasi keluarga Malaysia dilancarkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Hakikatnya, dua agenda ini ternyata jauh berbeza dengan pendekatan diilhamkan Ismail Sabri lebih menyeluruh sebagai satu agenda negara dalam pelbagai sudut.

Ia juga memberi tumpuan kepada 3K iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran secara holistik.

Sedangkan, Deklarasi Keluarga Malaysia hanya memberi tumpuan kepada institusi kekeluargaan untuk meletakkan ‘unit keluarga rumah tangga’ bukanlah Keluarga sebagai sebuah institusi negara.

Malah, Deklarasi Keluarga Malaysia yang dilancarkan bekas Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2019 itu juga sebenarnya kesinambungan Dasar Keluarga Negara dilancarkan kerajaan Barisan Nasional (BN) seawal tahun 2010.

Konsep Keluarga Malaysia telah pun diterangkan Ismail Sabri mempunyai visi jangka masa panjang untuk memulihkan negara dan membawa Malaysia sebagai sebuah negara maju serta berpendapatan tinggi.

Visi itu sungguh jelas dan tidak sukar dihadam sedangkan tiada pula visi serta misi ditonjolkan dalam Deklarasi Keluarga Malaysia.

Walaupun dicadangkan jadi sebahagian agenda nasional, namun setelah dilancarkan, tiada pula usaha dan program di bawah Deklarasi Keluarga Malaysia itu dijalankan.

Jadi, di mana logiknya jika dikatakan konsep Keluarga Malaysia ketika ini hanya copy and paste sahaja daripada Deklarasi Keluarga Malaysia.

Siapa yang ‘ciplak’ siapa?

Siapa pula yang berusaha bersungguh-sungguh memastikan agenda memastikan seluruh negara bersatu padu pada ketika tempoh genting ini?

Bukanlah sukar memberi jawapan kepada persoalan itu.

Ternyata, walaupun tanggungjawab berat yang dipikul tetapi Perdana Menteri sedang berusaha keras memastikan negara kembali bangkit keluar daripada sisi gelap pandemik ini.

Bercakaplah mengikut fakta, zaman sekarang ini bukan susah pun nak mencari maklumat. Semuanya di hujung jari sahaja. Utv

Keluarga Malaysia, siapa yang ‘ciplak’ siapa?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya yang sokong kerajaan pun tak boleh terima – Ahmad Maslan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker