DAN 2.0 tumpu usaha tingkat sekuriti makanan – PM

DAN 2.0 tumpu usaha tingkat sekuriti makanan – PM

PENGGUBALAN Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) disifatkan bakal meneruskan agenda pembangunan sektor agromakanan dengan tumpuan khusus bagi meningkatkan sekuriti makanan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelancaran dasar baharu itu bagi meneruskan kejayaan Dasar Agromakanan Negara yang dilancarkan pada tahun 2011.



Kata beliau, Dasar AgroMakanan Negara telah memberi sumbangan besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) apabila mencatatkan pertumbuhan purata sebanyak 6.8 peratus tahun lalu.

Perdana Menteri memaklumkan, jumlah eksport bahan makanan turut meningkat dengan kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 6.4 peratus iaitu daripada RM18.1 bilion pada tahun 2010 kepada RM33.7 bilion tahun lalu.

“Ternyata sektor agromakanan hari ini memiliki nilai tambah yang berpotensi meningkatkan pendapatan di sepanjang rantaian peserta industri.

“DAN 2.0 bakal dijayakan melalui pemodenan dan pertanian pintar serta memperkukuh rantaian nilai agromakanan.



“Keutamaan dasar kali ini ditumpukan kepada usaha mempertingkatkan produktiviti dan pendapatan serta kualiti hidup dalam kalangan pengeluar sektor makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran DAN 2.0 secara maya hari ini.

Perdana Menteri memaklumkan, kaedah pertanian pintar menjadi fokus memodenkan sektor berkenaan bagi meningkatkan produktiviti merangkumi subsektor agromakanan seterusnya mencapai matlamat DAN 2.0.

Beliau berkata, pertanian pintar merupakan antara aktiviti pertumbuhan ekonomi utama yang telah digariskan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).



Sehubungan itu, Ismail Sabri memberitahu, dasar itu telah meletakkan strategi pemodenan dan pertanian pintar sebagai key game changer bagi menjayakan transformasi sektor agromakanan.

“Ia bakal dipacu melalui dana pembiayaan, insentif pelaburan dan tenaga kerja bagi meningkatkan tahap penerimagunaan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0).

“Dalam hal berkaitan, bidang penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi akan menjadi nadi pembangunan sektor ini.

“Melalui kerangka DAN 2.0 beserta dokumen pelan tindakan yang telah disediakan, sasaran purata pertumbuhan sektor agromakanan dijangka berkembang pada kadar 4.5 peratus setahun dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12),” jelas beliau. Utv




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya yang sokong kerajaan pun tak boleh terima – Ahmad Maslan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker