Keluarga Malaysia bukan retorik-Ismail Sabri

Idea “Keluarga Malaysia” yang diilhamkan kerajaan bukanlah retorik atau slogan semata-mata, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, idea itu merupakan semangat yang diterapkan kerajaan dalam pentadbiran negara, dengan kepentingan dan kesejahteraan rakyat dipelihara seperti menjaga sebuah keluarga.

Mengambil contoh sebuah keluarga, Ismail Sabri berkata sekiranya terdapat anak yang lemah dari segi pembelajaran, sudah tentu mereka akan diberi lebih tumpuan.

“Apatah lagi jika ada ahli keluarga yang kurang bernasib baik dalam kehidupan, pasti kita akan menghulurkan pertolongan dan tidak membiarkan mereka bersendirian.

“Begitu juga dalam pentabiran kerajaan pada hari ini. Keluarga Malaysia seperti golongan B40 dan M40 yang terkesan akibat pandemik akan terus diberikan fokus dan keutamaan dalam mendapat manfaat bantuan-bantuan kerajaan,” beliau berkata dalam ucapannya di Majlis Pelancaran “Keluarga Malaysia”  malam ini. – Bernama


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Selepas lompat parti, Malaysia juara aktiviti bocor audio pemimpin?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker