Geng butik, bundle bergaduh ketika ‘live’

Geng butik, bundle bergaduh ketika ‘live’

Perniagaan pakaian terpakai atau bundle sememangnya cukup terkenal di Malaysia, bahkan perniagaan ini telah banyak membantu ramai anak muda.

Ketika ini, penjualan pakaian bundle tidak hanya terarah kepada jualan di kedai semata-mata, malah penjualan secara langsung atau live di laman sosial dikatakan lebih ‘menjadi’.

Namun dalam kerancakan penjualan barangan bundle di laman sosial terutamanya di Facebook, ada juga orang yang tidak berpuas hati dan ‘merosakkan’ sesi penjualan tersebut.

Terbaru, satu live penjualan bundle oleh dua anak muda di Facebook telah diganggu oleh ‘geng butik’ apabila seorang pemuda masuk dalam live tersebut.

Paling menyakitkan hati apabila pemuda geng butik itu bercakap secara riak dan memperlekehkan perniagaan pakainan secondhand itu.

Ujarnya, pakaian itu adalah pakaian lama dan langsung tiada nilai, namun pakian bundle itu tetap dijual pada harga yang tinggi sehingga ratusan ringgit.

“Baju secondhand tu boleh buat lap kaki sahaja, tapi nak juga jual mahal. Kalau pakai pun buat gatal badan sahaja, hentikanlah.

“Aku layan pakaian baru, pakaian butik aku mampu. Mahal pun puas hati,” jelas pemuda tersebut.

Jelas pergaduhan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada penonton yang menyaksikan live tersebut, rata-rata mereka tidak puas hati dengan tindakan pemuda itu.

“Orang nak meniaga kau jangan la kacau. Apa masalah kau sebenarnya ni?” jelas NorrunSahar.

“Dah kau nak pakai baju butik tu hak kau lah, tak perlu kot kacau orang meniaga. Hak masing-masing bro,” jelas Nor Amilin Fauzi. K Online

Geng butik, bundle bergaduh ketika ‘live’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker