Polis siasat dakwaan pelajar mati akibat vaksin

Polis siasat dakwaan pelajar mati akibat vaksin

IPOH – Polis telah membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan dua pelajar sebuah sekolah di negeri ini yang dikatakan meninggal dunia disebabkan suntikan Vaksin Covid-19.

Dakwaan tersebut tular di media sosial menerusi video berdurasi satu minit 38 saat yang dirakam dalam sebuah majlis dipercayai diadakan sebagai tanda tidak menyokong langkah kerajaan mengenakan pengambilan vaksin kepada pelajar sekolah.



Tangkap layar rakaman video tular sebuah majlis tanda tidak menyokong langkah kerajaan mengenakan pengambilan vaksin kepada pelajar sekolah.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

Katanya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam bagi menyebabkan ketakutan pada orang awam.

“Kita telah menerima dua laporan polis hari ini masing-masing daripada pegawai pendidikan (kesihatan) daerah Ipoh dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai.

“Laporan dibuat kedua-dua pihak itu adalah berkaitan ketidakpuasan hati mengenai dakwaan kematian dua pelajar sekolah berkenaan adalah disebabkan suntikan vaksin Covid-19,” katanya dalam kenyataannya hari ini.



Menurut beliau, berdasarkan siasatan, kematian dua pelajar tersebut tidak mempunyai kaitan dengan vaksin Covid-19 kerana kedua-duanya belum pun menerima suntikan berkenaan.

Katanya, pelajar perempuan tingkatan lima yang meninggal dunia pada 18 Ogos lalu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) disebabkan masalah kesihatan iaitu kencing manis dan positif Covid-19.

Jelasnya, kematian pelajar lelaki tingkatan lima itu pada 17 September lalu di hospital sama pula kerana penyakit jantung berlubang. K Online

Polis siasat dakwaan pelajar mati akibat vaksin




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker