Hasilkan ‘Chimichanga’ Terpanjang, Restoran Macayo Buru Rekod Dunia [VIDEO]

Hasilkan ‘Chimichanga’ Terpanjang, Restoran Macayo Buru Rekod Dunia [VIDEO]

SEBUAH restoran di Arizona, Amerika Syarikat menyambut ulang tahunnya yang ke-75 dengan menyediakan hidangan Mexico chimichanga sepanjang 25 kaki 7 inci dan dipercayai sebagai rekod dunia baharu dalam senarai Guinness World Record.

Pengarah Pemasaran dan Pengurusan Jenama restoran Mexico, Macayo, Ashley Negron berkata, pihaknya dimaklumkan belum ada sebarang rekod dan bercadang untuk mendapatkan gelaran itu.

Negron berkata, restoran itu mengumpulkan 25 orang pekerja di Ahwatukee untuk merealisasikan rekod berkenaan.



Ia memerlukan puluhan dozen tepung tortila, 500 pound ayam, 250 pound kacang goreng, 250 pound beras dan beberapa gelen salsa.

Ketika ini segala bukti rekod baharu ini masih dinilai oleh pihak berkaitan sebelum mengesahkan catatan itu secara rasmi.

Untuk rekod, restoran itu mendakwa makanan itu mula dihidangkan pada 1940 selepas seseorang secara tidak sengaja menjatuhkan burrito ke tempat menggoreng.

Bagaimanapun, cerita itu tidak dapat disahkan lagi ketika ada restoran lain di Tuscon turut mendakwa mencipta hidangan berkenaan pada waktu yang sama. – upi.com /Abc15



Hasilkan ‘Chimichanga’ Terpanjang, Restoran Macayo Buru Rekod Dunia [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Status kerakyatan bayi: Azalina minta kerajaan berlaku adil



Namron buka baju demi sejuta pengikut

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker