Bakar Bentley untuk tuntut insurans, bayar hutang along

Bakar Bentley untuk tuntut insurans, bayar hutang along

Dua lelaki bertindak “licik” dengan sengaja membakar tiga kereta mewah termasuk sebuah Bentley Continental GT (A) semata-mata bagi mendapatkan bayaran tuntutan insurans untuk melangsaikan hutang ceti haram berjumlah RM500,000.

Bagaimanapun, perbuatan mereka dapat dihidu polis selepas siasatan rekod jenayah lampau mendapati kedua-duanya mempunyai kes khianat dengan api, selain samun, curi, dan dadah.

Dalam kejadian Isnin minggu lalu, selain model Bentley Continental GT(A), dua kereta lain membabitkan Ford Fiesta dan Hyundai Accent dilaporkan terbakar di Taman Merdeka Batu Berendam, Melaka.

Ketua Polis Melaka, Abdul Majid Mohd Ali, berkata polis segera menjalankan siasatan lanjut susulan tiga laporan diterima pihaknya termasuk daripada pemilik Bentley itu.

“Bagaimanapun, hasil siasatan dijalankan polis mendapati terdapat keraguan, sebelum polis menahan kedua-dua suspek.

“Suspek pertama yang juga pemilik kereta Bentley ditahan pada hari kejadian, manakala seorang lagi ditahan keesokannya di sekitar Bandaraya Melaka. Kedua-dua mereka berusia 36 tahun,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Mengulas lanjut, Abdul Majid berkata, hasil siasatan turut mendapati kedua-dua yang ditahan bekerja sebagai kontraktor dan jurujual.

“Mereka dipercayai merancang perbuatan itu sejak tiga bulan lalu. Mereka dipercayai membakar kereta itu untuk membuat tuntutan insurans berjumlah kira-kira RM250,000 bagi membayar hutang ‘along’ sebanyak RM500,000.

“Malah, semakan lanjut dilakukan turut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes khianat dengan api, samun dan curi termasuk dadah,” katanya.

Kedua-dua lelaki itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan selain kertas siasatan juga sudah dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. FMT

Bakar Bentley untuk tuntut insurans, bayar hutang along


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker