334 kematian Covid-19 dilapor semalam

334 kematian Covid-19 dilapor semalam

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 334 kes kematian Covid-19 semalam, menurut data dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, 84 daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital (BID), dengan jumlah keseluruhan kes kematian mencecah angka 24,078.

Kes kematian paling tinggi dilaporkan di Selangor dengan 187 kes, diikuti Johor (37), Kelantan (20), Kuala Lumpur (18), Sabah (14), Perak (12), Sarawak (10), Kedah (lapan), Pahang dan Pulau Pinang, masing-masing tujuh kes, Terengganu (enam), Negeri Sembilan (lima), dan Melaka (tiga).

Tiada kematian dilaporkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 206,473 kes aktif direkodkan termasuk 1,116 di unit rawatan rapi (ICU), manakala 635 memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 16,650 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan setakat ini mencecah angka 2,123,165. FMT

334 kematian Covid-19 dilapor semalam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker